Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

tukar hakmilik

Peruntukan dalam Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 untuk notis pertukaran hakmilik pegangan

Di bawah Seksyen 87

(1). Adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah dan pembeli atau penerima pindahan untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menggunakan Borang F dalam masa tempoh 3 bulan selepas penjualan atau pemindahan

(2). Adalah menjadi kewajipan pemilik secara pewarisan untuk memaklumkan pihak berkuasa tempatan dalam Borang G dalam tempoh 1 tahun selepas kematian si pemati

(3) Apabila menerima notis tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan mungkin memerlukan pengeluaran instrument (surat cara) yang menunjukkan pertukaran pemilikan tersebut

- Instrumen (surat cara) yang diterima ialah salinan hakmilik tanah atau salinan ekstrak hakmilik tanah (dicetak di Jabatan Tanah dan Survei) atau buku sewa tanah/buku pemilikan tanah atau Surat akuan Pentadbir dari Pejabat Daerah atau Memorandum Perjanjian Perpindahan atau Jual Beli atau Surat Pengakuan Pemilikan dari Daerah Pejabat untuk rumah kampung yang terletak di tanah NCR.

(4) Mereka yang tidak memberi apa-apa notis di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM 2,000.00.