picture

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif

 

Kumpulan Inovatif dan Kreatif


PENGENALAN

Selaras dengan visi penjawat awam Negeri Sarawak iaitu “A World Class Civil Service” demi memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat, Majlis Daerah Lundu tidak ketinggalan  dalam memperkenalkan budaya kerja iaitu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) dikalangan kakitangannya untuk mempertingkatkan sistem penyampain PBT supaya terus lebih efisien dan efektif. Justeru itu, inisiatif KIK merupakan salah satu aktiviti yang amat relevan untuk mewujudkan pasukan-pasukan berprestasi tinggi diperingkat Majlis Daerah Lundu ini.

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) merupakan suatu kumpulan pekerja dari pelbagai peringkat gred jawatan dan bahagian yang akan mengenalpasti , menganalisis dan meyelesaikan masalah berkaitan dengan tugas.

Pasukan KIK juga merupakan salah satu komponen dalam proses transformasi Majlis Daerah Lundu ke arah pemantapan sistem penyampaian melalaui penjanaan idea-idea yang kreatif serta penemuan inovasi yang baru.

Pasukan KIK di Majlis Daerah Lundu ini akan berperanan sebagai satu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) di peringkat majlis yang menjadi kumpulan pemikir dan bertindak ke atas sesuatu penemuan masalah sekaligus mencari penyelesaiannya.


OBJEKTIF PENUBUHAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF DI MAJLIS DAERAH LUNDU

  • Mempromosi budaya kerja berkualiti dan meningkatkan produktiviti kerja khususnya dalam penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan (service delivery) majlis kepada masyarakat dan pelanggan;
  • Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di peringkat majlis 
  • Mengenalpasti penyelesaian-penyelesaian masalah melalui projek-projek KIK yang berpontensi;
  • Menggalakkan aktiviti KIK di kalangan warga kerja Majlis Daerah Lundu bagi penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif bagi meningkatkan kualiti kerja dan melahirkan kumpulan/kakitangan berpresatsi tinggai (HPT) di kalangan kakitangan Majlis Daerah Lundu.


KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF MAJLIS DAERAH LUNDU

Kumpulan Inovatif dan Kreatif MD Lundu sudah mula bergiat aktif sejak tahun 2010 lagi di mana Majlis Daerah Lundu telah pun mewujudkan 2 kumpulan yang telahpun memasuki Konvensyen KIK PBT Negeri Sarawak yang dianjurkan pada setiap tahun. Kumpulan tersebut adalah :

1. Kumpulan RAFLESIA GADING

2. Kumpulan GERAGAS

Pada tahun 2017, 2 kumpulan baharu telah ditubuhkan dan sudahpun menjalankan mesyuarat projek bagi mengenalpasti masalah dan penyelesaian yang terbaik dan inovatif.