Soalan Yang Kerap Ditanya

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK PERMIT MENGGANTUNG BAHAN IKLAN SEMENTARA (GEGANTUNG/KAIN RENTANG)

1. Bagaimana untuk memohon permit menggantung bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang)?

Semua permohonan untuk menggantung bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) harus diserahkan dan dialamatkan kepada :
Setiausaha
Majlis Daerah Lundu, 94500 Lundu

(Bahagian Penguatkuasaan).
Pemohon perlu mengisi borang dan perlu sertakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :

  • Tujuan dan tarikh menggantung bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang).
  • Lokasi / tempat bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang)akan digantung.
  • Rekabentuk / saiz bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang).

2. Apakah syarat-syarat untuk pemberian Permit?

  • Saiz bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) hendaklah bersesuaian.
  • Iklan-iklan rokok, arak atau berunsur negatif tidak dibenarkan dipamer pada bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang).
  • Bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) hanya boleh dipamerkan dua minggu sebelum acara dimulakan dan harus diturunkan tiga hari selepas itu.
  • Kebenaran daripada pemilik bangunan mesti diperolehi terlebih dahulu.
  • Bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) mesti diikat dengan sempurna dan tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selekeh.
  • Bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) tidak boleh digantung merentangi jalan raya.
  • Bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang) tidak boleh dipaku atau diikat pada pokok yang ditanam oleh Majlis di tepi jalan raya.

3. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap bahan iklan sementara (gegantung/kain rentang)?

RM 15.00 untuk 1 meter persegi pertama dan RM 8.00 untuk 1 meter persegi yang seterusnya.

2. Bagaimanakah cara memohon Permit Sementara untuk promosi produk di petak parkir?
Bagaimanakah cara memohon Permit Sementara untuk promosi produk di petak parkir?
Pemohon hendaklah memuat turun dan melengkapkan Borang Permohonan Permit Sementara BKPB(L)04/K11 yang disediakan di laman web Majlis Daerah Lundu.
Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan bersama dokumen berikut:
  1. Salinan kad pengenalan (IC);
  2. Satu (1) keping gambar berukuran pasport; dan
  3. Pelan lokasi serta gambar lokasi petak parkir yang akan digunakan.
Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui e-mel atau diserahkan secara terus ke Pejabat Majlis Daerah Lundu untuk semakan dan kelulusan.
Petak parkir yang diluluskan hanya boleh digunakan bagi tujuan promosi produk. Jualan makanan dan minuman tidak dibenarkan.
Kadar bayaran adalah:
  • RM50.00 bagi satu (1) petak parkir sehari; dan
  • RM10.00 caj perkhidmatan bagi setiap permohonan.
Pemohon hendaklah mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Lundu.