picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PERMOHONAN PERMIT JALAN UNTUK MENGGUNAKAN JALAN-JALAN MAJLIS

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan Permit Jalan?

Di bawah Peraturan lalu lintas Jalan, penggunaan mana-mana kenderaan bermotor yang berat muatannya melebihi muatan seperti yang ditetapkan adalah dilarang menggunakan mana-mana jalan yang ditetapkan oleh Majlis kecuali pemandu atau tuan punya kenderaan telah mendapatkan permit daripada Setiausaha Majlis Daerah Lundu untuk tujuan tersebut. Pemohon diminta untuk membayar deposit bagi memastikan semua syarat permit dipatuhi.

 

2. LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kerja Raya?

  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  • Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan, seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan majlis.
  • Mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
  • Menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan (occupation permit).
  • Menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.