Peranan Dan Tanggungjawab Ahli Majlis

 

Peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis


    Ahli Majlis merujuk kepada individu yang dilantik atau dipilih untuk menyertai satu majlis yang
bertujuan untuk:
  1. Mewakili kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat (menjadi saluran aduan kepada masyarakat umum).
  2. Menjadi tenaga penggerak masyarakat di mana ahli majlis perlu menggalakkan penglibatan orang ramai mengambil bahagian bagi menjayakan apa jua program/ aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan atau majlis.
  3. Sebagai mata dan telinga PBT dan juga berperanan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas dari orang ramai.
 
    Mereka juga turut berfungsi sebagai wakil rakyat di peringkat komuniti zon yang mereka telah wakili. Ahli Majlis mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan suara komuniti di bawah zon mereka didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan.
 
    Merujuk kepada Garis Panduan untuk Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak Edisi 5 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Terdapat 13 peranan dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh setiap Ahli Majlis di PBT Sarawak iaitu:
  1. Dikehendaki untuk membaca dan mendatangani surat pengistiharan penerimaan jawatan atas pelantikan.
  2. Peka kepada undang-undang berhubung kuasa dan tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak contohnya dalam penggunaan “Local Authorities Ordinance 1996, Local Authorities Financial Regulations 1997 & Local Authorities Service Regulations 2000”.
  3. Berpakaian sesuai dengan kedudukan sebagai ahli majlis.
  4. Memakai lencana rasmi Pihak Berkuasa Tempatan semasa menjalankan setiap tugasan rasmi majlis.
  5. Menghindarkan diri dari dipengaruhi oleh politik dalam menjalankan tugas berkaitan urusan majlis dan berkhidmat penuh yakin tanpa takut dan memihak golongan atau individu
  6. Menjaga imej Kerajaan Sarawak pada setiap masa.
  7. Menghormati prinsip “Tanggungjawab Bersama” dimana sesuatu polisi yang ditetapkan adalah merujuk kepada keputusan MAJORITI ahli majlis. Tiada terdapat peruntukan untuk menyerahkan kuasa kepada mana-mana ahli majlis secara individu dalam membuat apa-apa keputusan.
  8. Sekiranya seseorang Ahli Majlis terlibat dengan urusan niaga sama ada secara langsung ataupun tidak dengan majlis, beliau dikehendaki menolak pelantikan/meletak jawatan sebagai Ahli Majlis.
  9. Membudayakan nilai teras yang berintegriti tinggi, penyayang dan prihatin, profesional, bertindak segera, semangat kerja berpasukan dan menyesuai diri selaras dengan kedudukan sebagai Ahli Majlis.
  10. Memahami dasar-dasar Kerajaan Sarawak dan menyebar dasar-dasar tersebut kepada masyarakat yang mereka wakili dan mematuhi arahan-arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh kerajaan sarawak seperti Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan lain-lain lagi.
  11. Mahir dan cekap dalam menyelesaikan masalah terutama terhadap aduan awam berkaitan perkhidmatan majlis
  12. Hendaklah peka dengan isu-isu semasa di zon-zon yang diwakili. Mengada sesi dialog secara berkala bagi mendapat maklum balas tahap kualiti perkhidmatan.
  13. Memberi perhatian khas kepada perkara melibat kesihatan awam dan kebersihan alam sekitar seperti:
    1. Tandas awam bersih dan berfungsi
    2. Lubang tepi jalan tidak tersumbat
    3. Gerai makan selesa dan bersih
    4. Lokasi penjaja yang teratur
    5. Kedai makan dan restoran dipantau dan sentiasa mengikut peraturan
    6. Pasar-pasar dijaga baik serta bersih dan kering
    7. Pengurusan vektor yang cekap
    8. Tumbuhan liar di kawasan lapang harus dibersih dan diselenggara
    9. Sampah sarap diurus secara sistematik
    10. Tempat riadah, taman dihiasi landskap dan dijaga
    11. Pemotongan rumput mengikut jadual
    12. Tahap penguatkuasan undang-undang PBT dipantau dan dilapor