Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading
Gunung Gading adalah kediaman bagi bunga yang terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia yang mampu membesar sehingga 1 meter persegi. Apabila besar, bunga ini akan mengeluarkan satu bau busuk yang boleh menarik perhatian lalat-lalat dan serangga. Bunga Rafflesia tidak mempunyai musim yang spesifik tetapi musim hujan mampu menyebabkan ia kerap berbunga. Bunga ini mengambil masa sehingga sembilan bulan untuk matang dan hanya bertahan untuk mekar berbunga dalam tempoh 4-5 hari sahaja sebelum mati.
Disebabkan tempoh bunga ini berbunga yang sangat jarang maka ketepatan masa adalah sangat penting. Kakitangan taman kebiasaannya tahu bila bunga ini akan mekar berbunga. Pengunjung boleh menyemak dengan pihak pentadbiran taman di talian 082735144 atau di pejabat tempahan Taman Negara dan Hidupan Liar Kuching di talian 082248088 untuk mengetahui bunga ini akan berbunga atau bakal berbunga.
Bulan November, Disember dan Januari merupakan musim terbaik di mana kekerapa untuk ia berbunga adalah tinggi.