Pantai Belungei
Pantai Belungei adalah salah sebuah pantai semulajadi yang masih terpelihara dengan pasirnya yang putih serta cantik.
Bila anda menjejakkan kaki di dalam air di pantai ini, anda akan terpukau dengan kejernihan air laut serta keindahan Bukit Gondol dari jarak dekat.
Pantai ini menghadap Laut Cina Selatan. Pantai Belungei terletak di antara Pantai Pugu dan Pantai Pandan. Pantai ini juga masih menjadi lokasi bagi spesis penyu hijau untuk bertelur.
Para pengunjung dinasihat untuk menjaga kebersihan pantai dan dilarang untuk menggangu habitat ini sekiranya terserempak bagi memastikan spesis ini terus memilih pantai ini sebagai lokasi persinggahan mereka bagi ratusan tahun lagi.