News

 

Kumpulan LIBRA-C dari MDL Menyertai Konvensyen ICC MPHLG 2024 di Kingwood Resort Mukah

Posted on 30 Aug 2024
Source of News: MDL

30/8/2024
 
MUKAH - Majlis Daerah Lundu melalui Kumpulan LIBRA-C telah menyertai Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Kingwood Resort, Mukah. Konvensyen yang diadakan selama 2 hari bermula 27-28 Ogos 2024 tersebut turut disertai oleh 24 kumpulan yang lain dari agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Kumpulan Hibiscus(DBKU), AIM ( MD Matu Daro), D’Infinity (MP Padawan), Seuja (MD Limbang), Tatsunoko (MB Miri), Sharedreams (MD Lubok Antu, De’Durious Team (MD Serian), Teresang (MD Kapit), Eagle (MP Sibu), Santubong Warrior (Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak), Claude Town VII (MD Marudi), SDC Team (MD Saratok), Kaul XI (MD Dalat Mukah), Bleng (DBKU), Sewertech (Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak), Jang Meran (MP Kota Samarahan), D’Baruk 3.0 (MD Bau), PH13 (MD Luar Bandar Sibu), D6 Force (MD Sarikei), Bi-Hydro Tech (Jabatan Pengaliran dan Saliran Sarawak), Entech (Bintulu DA), Trackers 10 (MD Simunjan) dan Engkabang (MD Maradong Julau). Sebanyak konvensyen tersebut sebanyak 24 projek inovatif dan kreatif dibentangkan.
    Majlis perasmian telah diadakan pada 27 Ogos 2024 oleh YBrs Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Beliau menasihatkan semua PBT Sarawak agar komit dalam membudayakan amalan inovatif dan kreatif dalam membuat penyelesaian permasalahan di agensi masing-masing. Pada konvensyen kali ini, kumpulan LIBRA-C dari MDL telah membentangkan tajuk projek Jumlah Pinjaman Buku Kategori Kanak-Kanak Di Perpustakaan Desa Yang Rendah. Kumpulan LIBRA-C diwakili oleh En Ndriesa anak Saini, Pn Mahayah binti Raduan, Cik Ellflorester anak Edirin, Pn Diana Sylviana anak Alew dan En Ellfrelstern anak Edirin.
    Majlis penutupan telah diadakan pada 28/8/2024 yang lepas oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak mewakili YB Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.