Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaPress Release, 22 March 2023
22/03/2023 Kuching - Seramai 21 orang kakitangan Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak di Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia, Bahagian Kuching di Hotel Raia Kuching. Majlis yang diadakan pada 20 Mac 2023(Isnin) yang lepas menyaksikan seramai 710 orang penerima daripada 35 jabatan dan agensi kerajaan merangkumi 29 daripada kerajaan Sarawak dan enam daripada kerajaan Persekutuan. Pn Norashikin binti Brahim selaku Setiausaha MDL mendahului para penerima dari MDL bagi anugerah tersebut di majlis berkenaan. Turut menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia tersebut adalah En Ong Chin Ping, Pn Juliana Tay anak Yampil, En Mohd Asraf Ten Abdullah, Pn Mailen anak Harry, En Mohamad Kassim bin Abdul Wahab, En Awang Nazri bin Awang Ahmad, En David anak Mogei, En Wan Taib bin Wan Hamid, En Daniel Gumis anak Janting, En Jiferiyo anak Kitok, Pn Mahayah binti Raduan, En Alew anak Nyata, En Goh Siew Fatt, En Japar bin Sidi, En Jinit anak Nyiang, En Kasan anak Labok, En Lu Heiong Kun, En Mohammad Ali bin Raduan, En Ng Sin Min dan En Ong Kok Ping. Penganugerah Pingat Perkhidmatan Setia merupakan satu penghargaan daripada kerajaan Sarawak kepada anggota perkhidmatan awam Sarawak dan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam memberi sumbangan kepada pembangunan Sarawak. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian merangkap Timbalan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar merangkap Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Setiausaha Kerajaan Sarawak dan di dif kenamaan yang lain.
Press Release, 17 March 2023
17/3/2023 LUNDU - Majlis Daerah Lundu (MDL) telah dianugerahkan penarafan empat bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) bagi tahun 2022 semasa Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 yang diadakan di Ipoh pada 12 Mac 2023 yang lepas. Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dijalankan dua tahun sekali untuk menilai Pihak Berkuasa Tempatan mengenai tadbir urus yang baik, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penyertaan masyarakat dan pandangan penduduk. Setiausaha MDL Pn Norashikin Brahim ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada warga MDL yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka. Beliau juga berharap seluruh kakitangan akan meneruskan dedikasi dalam menjalankan tugas dan percaya dengan kemahiran serta pengetahuan tersebut akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di kawasan seliaan, memberikan kepuasan terhadap perkhidmatan serta menjaga imej baik jabatan dan kerajaan.
Press Release, 26 February 2023
25/02/2023 LUNDU – Pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengadakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) 2023 bertempat di Lundu Townsquare selama 2 hari bermula 25 hingga 26 Februari 2023 (Sabtu & Ahad) dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) 2023 adalah anjuran bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dan pihak Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG). Pada tahun 2022, sebanyak 218 779 kilogram bahan buangan elektrikal dan elektronik berjaya dikumpul di 26 lokasi yang berbeza.Kempen ini adalah salah satu cara bagi menangani pelupusan BEE yang tidak terancang. Oleh yang demikian, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan pihak kontraktor yang berdaftar dengan JAS bersama – sama turun padang (outreach) mengumpul bahan BEE dan dilupuskan atau dikitar semula dengan mematuhi peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) oleh pihak Kontraktor. Buangan Elektrikal dan Elektronik (E-waste) merupakan peralatan elektrikal dan elektronik (laptop, desktop, printer, mobile phone, washing machine, air-conditioner, refrigerator, etc.) di rumah, pejabat, industri atau premis yang telah rosak, usang dan tidak dapat digunakan lagi. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya buangan BEE (E-waste) kepada alam sekitar dan mempromosikan kaedah pengendalian dan pelupusan BEE yang selamat dan mesra alam kepada komuniti setempat. Kempen ini juga merupakan seruan kepada rakyat untuk bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian alam sekitar di Negeri ini. Selain itu, Kempen ini diharap dapat menggalakkan ekonomi kitar semula (circular economy) barangan BEE dipulih guna (recovery) dan kitar semula. Pelupusan BEE yang tidak sempurna akan memberi kesan negatif kepada manusia, haiwan, hidupan akuatik dan marin. Kandungan logam berat seperti nikel, merkuri dan sebagainya yang terdapat di dalam sebahagian komponen BEE, berupaya menyebabkan pencemaran kepada air sungai, air bawah tanah dan tanah sekiranya tidak diuruskan dengan sempurna dan betul. Pihak NREB menyeru kepada masyarakat setempat untuk tidak membuang barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak ke dalam tong sampah bersama sisa pepejal domestik yang lain. Orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak di talian 082-482535 bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi melupuskan buangan elektrik dan elektronik yang telah rosak.
Press Release, 17 February 2023
17/2/2023 LUNDU – Pihak MDL telah berjaya mengelola satu sesi taklimat berkaitan kesedaran penyakit kanser pada 15/2/2022 yang telah disampaikan oleh Cik Pennylysia Mawat dari Majlis Kanser Negara (MAKNA). Seramai 30 peserta yang terdiri daripada kakitangan MDL telah hadir bagi mendengar taklimat tersebut. Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai penyakit kanser di Malaysia, peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan serta tips pencegahan kanser. Sesi ini merupakan salah satu inisiatif Seksyen Pentadbiran MDL bagi menambah pengetahuan kakitangan MDL dalam mengharungi tugasan harian.
Press Release, 17 February 2023
17/2/2023 LUNDU – Satu sesi kursus bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kakitangan majlis Daerah Lundu (MDL) mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan semasa berada di tempat kerja ataupun di rumah telah pun diadakan semalam (16/2/2023) di Dewan Pandan, Bangunan Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Lundu. Kursus yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran MDL ini melibatkan penyertaan seramai 73 orang termasuk kakitangan dan pelatih industri yang ditempatkan di MDL. Kursus diselaras oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Cawangan Lundu yang telah dijemput oleh pihak MDL, diketuai oleh Leftenan Muda Pertahanan Awam Junies Anak Jerin dan dibantu oleh tiga orang pegawai iaitu Koperal Pertahanan Awam Mahmmud Bin Yalen, Koperal Pertahanan Awam Rabaiee Bin Habari dan Lans Koperal Pertahanan Awam Mohd Najmie Sebri. Pada majlis perasmiaan kursus yang disempurnakan oleh Setiausaha MDL Puan Norashikin Brahim, beliau amat menyokong kursus-kursus berkaitan keselamatan kerana kita tidak tahu bila kemalangan boleh berlaku. Sekurang-kurangnya pengetahuan asas berkaitan pertolongan cemas amat membantu di saat tibanya kemalangan kelak.