Portal Shop4LunduCommunity

 

Portal Shop4LunduCommunity


  “Shop4LunduCommunity” adalah inisiatif pihak Majlis Daerah Lundu (MDL) bagi membantu komuniti di Daerah Lundu dalam mempromosikan produk komuniti secara e-dagang. Dengan peningkatan era teknologi terkini, pihak MDL ingin membawa bersama untuk merealisasikan  saranan kerajaan negeri bagi menjadikan Sarawak Negeri Digital. Porta ini dibangunkan sendiri oleh Unit Multimedia MDL dan akan diurus tadbir oleh Bahagian Pembangunan Komuniti MDL.

“Shop4LunduCommunit” menawarkan tiga ruang perniagaan iaitu “communitystore”, “LunduLocal” dan e-BazarLundu.

“Communitystore” adalah satu platform yang menyediakan ruang perniagaan untuk komuniti niaga berasaskan produk keperluan harian seperti penjual keropok, kedai runcit kampung, penjual ikan, penternak ayam dan sebagainya.

“LunduLocal” pula menyediakan ruang perniaga kepada komuniti niaga yang mempunyai produk hasil dan perkhidmatan yang ada di Daerah Lundu seperti produk hiasan, ukiran kayu, pakaian, perkhidmatan kebudayaan, perkhidmatan pemasangan khemah dan sebagainya.

Dan “e-BazarLundu” pula menyediakan ruang perniagaan untuk komuniti niaga berasaskan produk yang biasa kita jumpa semasa Bazar Ramadhan seperti kuih muih, panggang, minuman, perhiasan perayaan dan pakaian perayaan.

Komunti niaga yang berdaftar dalam “shop4LunduCommunity” ini akan dipantau berdasar kepada pelbagai aspek bagi memastikan komuniti niaga sentiasa mengamalkan peraturan asas seperti kebersihan dan sebagainya.

Sebelum ini, pihak MDL telah berjaya melahirkan ramai individu dan kumpulan melalui program-program pembangunan komuniti melibatkan ekonomi, belia, kebudayaan dan sukan yang boleh dikembangkan dan dipromosikan. Maka melalui platform inilah pihak MDL berharap mereka mampu mengembangkan potensi mereka melalui urusniaga atas talian yang lebih berkesan.