picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN BAGI LESEN KEDAI RUNCIT KAMPUNG

1. Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung? Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lundu. ( Setiap borang dijual dengan harga RM5.00 ) Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang yang telah di sahkan oleh Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah /Pengerusi JKKK.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
  • Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
  • Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan(House Assessment Bill).
  • Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada, Setiausaha Majlis Daerah Lundu 94500 Lundu

2. Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen Kedai Runcit Kampung?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Lundu, berniaga kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

2. PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BAGI LESEN GERAI MAKANAN, TEH DAN KOPI, BIR DAN MINUMAN KERAS SERTA LESEN-LESEN YANG LAIN.

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain?

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lundu. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut;

  • Satu ( 1 ) Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini, Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry.
  • Satu ( 1 ) Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
  • Satu ( 1 ) Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan (House Assessment Bill).
  • Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
  • Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
  • Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
  • Surat Sokongan daripada Pihak Polis.
  • Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin, Ladang, Agensi Perjudian dan lain-lain.
  • Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada, Setiausaha Majlis Daerah Lundu 94500 Lundu

2. Bilakah lesen akan tamat dan bagaimanakah pembaharuan Lesen boleh dibuat?

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput. Pembayaran lesen hendaklah dibuat di Kaunter Kutipan Pelbagai Hasil Majlis Daerah Lundu.

  • Tempoh Jan-Dis : Bayar sebelum 13 Feb
  • Tempoh Jan-Jun : Bayar Sebelum 13 Feb
  • Rempoh Jul-Dis : Bayar sebelum 13 Ogos

3. Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Lundu, mengendalikan gerai makanan, kedai teh dan kopi, bir dan minuman keras serta perniagaan-perniagaan yang lain tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

3. LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
  • Bertanggungjawab keatas kesihatan dan alam sekitar dikawasan yang terletak dibawah bidangkuasanya seperti perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal, kebersihan jalan raya dan lain-lain.
  • Kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi dan lain-lain.
  • Kawalan mutu dan keselamatan makanan di kawasan yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis.
  • Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
  • Memproses permohonan pelbagai lesen perdanganan.
  • Menyemakan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan.
  • Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Kesihatan Awam