picture

 

Pengurusan Pelanggan Majlis Daerah Lundu


 


Majlis Daerah Lundu mempunyai satu pasukan yang bertindak dalam mengurus berkaitan pengurusan pelanggan yang melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan, permohonan perkhidmatan dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Pengurusan Pelanggan MDL dibentuk melalui pengwujudan satu Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan yang terdiri daripada pihak pengurusan MDL dan kakitangan terpilih yang bertanggungjawab dalam 5 elemen pengurusan pelanggan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa iaitu perkhidmatan pelanggan, pengurusan piagam pelanggan, pengurusan aduan, pengurusan kepuasan pelanggan dan program bersama pelanggan.

Pihak MDL juga telah memutuskan untuk mewujudkan satu unit khusus bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan MDL dalam perkara berkaitan pelanggan yang dinamakan Unit Khidmat Pelanggan. Unit ini mempunyai lima sub unit yang bertanggungjawab dalam memastikan tugasan di bawah sub unit tersebut dilaksana dan dilapor kepada Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan MDL.