picture

 

SEJARAH KAMI


 

     Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953,  dipengerusikan oleh  D.L BRUEN ( 1953-1956 ) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu ( Lundu District Authority ). 

Gambar kenangan Ahli Majlis dan Pegawai Daerah di hadapan bangunan "Lundu District Local Authority" pada tahun 1957

     Pada tanggal 1 April 1957, pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu dibentuk semula dan dikenali sebagai Majlis Daerah Lundu sehinggalah perstrukturan semula (Restructuring of Local Councils) pada tahun 1981 sampailah ke hari ini yang mengendalikan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran Daerah Lundu.

     Pejabat Majlis Daerah Lundu terletak di Jalan Lundu Pandan, berdekatan dengan pekan Lundu iaitu berhadapan dengan Sungai Batang Kayan. Terdapat 32 orang ahli majlis termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik sebagai Ahli Majlis oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada rakyat

 

Penduduk

    Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Banci 2010 ialah seramai 34,576 orang yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh. Kepadatan penduduk sebanyak 17.6 orang setiap kilometer persegi.

 

Aktiviti Ekonomi Dan Pertanian

     Hampir 80% daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sektor pertanian, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penanaman koko, lada hitam, padi, buah-buahan dan kelapa sawit. Dan kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, FELDA, SALCRA, Persatuan Peladang, SEDC, PELITA, FELCRA dan lain-lain.
Selain daripada itu, aktiviti pembalakan, pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau, Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu daripada sumber ekonomi penduduk di sini.

 

Jarak Pusat Bandar Lundu daripada tempat-tempat berikut:

* Dari Bandaraya Kuching    100 km
* Dari Bandar Bau               70 km
* Dari Pekan Sematan          28 km
* Dari Pekan Biawak            26 km
* Dari Pantai Pandan            10 km