Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

 

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)




JUSTINE CHARLES ANAK GILBERT LUTA
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Emel : justinecgl@sarawak.gov.my
Tel    : 082-735501
Faks : 082-732400


Bertanggungjawab kepada perkara berikut:
(a) Membantu Ketua Agensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT di agensi masing-masing;
(b) Memastikan pelaksanaan dasar keselamatan ICT, piawaian ataupun garis panduan untuk diterima pakai dalam penyimpanan maklumat terkini sehinggalah mengikut langkah perubahan teknologi, hala tuju organisasi dan ancaman yang mungkin dihadapi;
(c) Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT serta pengurusan risiko dan pengauditan; dan
(d) Menentukan kawalan akses pengguna terhadap aset ICT Kerajaan
.
 



AWANG NAZRI BIN AWANG AHMAD
Penolong Ketua Pegawai Maklumat (ACIO)

Bertanggungjawab kepada perkara berikut:
(a) Membantu CIO dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan aset ICT.
(b) Mengambil tindakan yang bersesuaian dengan segera apabila dimaklumkan mengenai kakitangan yang tamat perkhidmatan, bertukar, bercuti, berkursus panjang atau berlaku perubahan dalam bidang tugas; dan
(c) Bertanggungjawab memantau setiap perkakasan dan perisian ICT yang diagihkan kepada pengguna seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, pengimbas dan sebagainya di dalam keadaan yang baik.


 

LITNA ANAK RASSIP
Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Bertanggungjawab terhadap perkara berikut:
(a) Melaksana program-program keselamatan ICT yang telah dikenalpasti;
(b) Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan Negeri kepada semua pengguna agensi;
(c) Mengenal pasti dan menganalisis risiko aset ICT. Menjalankan pengurusan risiko;
(d) Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan Negeri (QCERT), dan memaklumkannya kepada CIO Agensi;
(e) Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan mengesyorkan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera kepada tindakan pencegahan dan pengukuhan kepada Ketua ICTSO; dan
(f) Menyimpan rekod, bahan bukti dan laporan terkini mengenai ancaman keselamatan ICT Kerajaan Negeri.