Niranur Upside Down 3R House

 

Niranur Upside Down 3R House


Amalan 3R(reduce, reuse, and recycle) atau kitar semula adalah satu amalan yang bermanfaat kerana mendidik kita dalam mengurus penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan, memberi faedah sosial, serta boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Inilah yang direalisasikan oleh sebuah galeri luar biasa yang dikenali sebagai Niranur Upside Down 3R House yang terletak di Niranur Agro Farm, Sematan dimana pemiliknya menggunakan konsep 3R dalam pembinaan sebuah bangunan yang agak unik dan menjadi daya tarikan baru di daerah Lundu.

Berkonsepkan 3R, rumah ini dibina menggunakan barangan terpakai seperti botol-botol plastik dan sebagainya. Mula beroperasi pada bulan Mac 2020, Niranur Upside Down 3R House mempunyai visi yang tinggi untuk dicatatkan di dalam “Malaysia Book of Records” sebagai galeri yang dibina menggunakan botol plastik terpakai terbanyak di Malaysia sekaligus menjadi ikon pertama di daerah Lundu dan Sematan yang dicatatkan dalam buku rekod tersebut. Galeri ini juga mengidamkan untuk melakar sejarah untuk dicatatkan ke dalam “Guinness World Records” sebagai rumah terbalik 3R yang pertama di dunia.

 

Niranur Upside Down 3R House terletak di Jalan Seacom, Kampung Sungai Kilong, Sematan, berdekatan dengan Sematan Palm Beach Resort. Galeri ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang.

 

  Menurut pengurus Niranur Agro Farm, Encik Mohamad Aluis Hamri, 99% botol yang digunakan untuk membina rumah ini diisi dengan pasir dan yang selebihnya diisi dengan bahan-bahan seperti batu, kayu, plastik, kain dan sebagainya. Menariknya, botol-botol ini juga dijadikan satu aktiviti mencari harta karun untuk pengunjung kanak-kanak, khususnya pelajar sekolah rendah. Reka bentuk dalaman galeri ini juga dihiasi dengan pelbagai koleksi barang-barang lama berkonsepkan tahun 90-an, sesuai untuk pengunjung yang ingin menggamit memori kenangan zaman kecil mereka.

Selain sebuah kedai yang menjual produk hasil tangan komuniti setempat, Niranur Agro Farm juga memiliki sebuah taman kelulut yang terletak di belakang rumah terbalik ini sekiranya pengunjung ingin melihat bagaimana madu kelulut dihasilkan.

Rumah ini boleh dilawati dengan kadar bayaran yang berpatutan seperti berikut:

Bil

Kategori

Bayaran (RM)

1.

Dewasa (tempatan)

8.00

2.

Kanak-kanak / Warga emas (60+) (tempatan)

5.00

3.

Dewasa (luar negara)

16.00

4.

Kanak-kanak (luar negara)

10.00

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut serta tempahan tiket, anda boleh menghubungi Encik Aluis di talian 082-711207 / 019-8891241. 

Pengunjung juga boleh ke halaman facebook mereka di https://www.facebook.com/niranurupsidedown3Rhouse/ , atau laman web di https://niranuragrofarm.business.site/ untuk lebih info mengenai galeri menarik ini.