picture

 

Konvensyen Inovasi Alam Sekitar (KIAS)


1.0 Pengenalan

Konvensyen Inovasi Alam Sekitar ataupun K.I.A.S adalah satu program berbentuk perbentangan oleh kumpulan pelajar sekolah yang terdiri daripada tiga ke lima peserta. Perbentangan adalah berkaitan initiatif pelaksanaan 3R diperingkat sekolah dan inovasi serta kreativiti kumpulan pelajar ini dalam mencipta satu produk 3R yang menyumbang kepada aktiviti rutin mereka baik di sekolah maupun di luar sekolah. Konvensyen ini merupakan salah satu initiatif pihak Majlis Daerah Lundu dalam memastikan pembangunan komuniti melalui pembangunan pendidikan bermula tahun 2019. Program ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sarawak.  Konvensyen ini diselia oleh dua bahagian utama di Majlis Daerah Lundu iaitu Bahagian Pembangunan Komuniti dan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar.


2.0 Objektif penganjuran konvensyen ini adalah:

a. Menggalak para pelajar mereka cipta produk 3R yang kreatif dan inovatif.

b. Pengwujudan pengurusan sisa pepejal yang lestari.

c. Mencungkil bakal pelajar dalam pengucapan awam.


3.0 Syarat-syarat penyertaan untuk menyertai Konvensyen ini adalah:

a. Terbuka kepada semua sekolah di daerah Lundu

b. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga ke lima orang pelajar.

c. setiap kumpulan diselaras oleh seorang guru pembimbing.


4.0 Kriteria permarkahan berdasar kepada:

a. Pengenalan

b. Komitmen pihak sekolah dalam amalan 3R

c. Penciptaan produk 3R

d. Pencapaian dan impakamalan 3R

e. Persembahan


Buletin Majlis 1

Buletin Majlis 2