picture

 

Perlembagaan MBJ


Perlembagaan MBJ

 

  1. KEAHLIAN

Majlis Bersama Jabatan bagi Majlis Daerah Lundu hendaklah mengandungi tiga puluh (30) ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha bersama yang terdiri daripada lima belas (15) orang ahli yang dipilih oleh Kesatuan Sekerja dan Persatuan-Persatuan mewakili pekerja-pekerja di Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perbendaharaan, Bahagian Kerja Raya, Bahagian Kesihatan Awam dan Unit-Unit yang bernaung di bawahnya. (Selepas ini disebut sebagai”Pihak Pekerja”).


  1. PIHAK PEGAWAI

Ahli-Ahli bagi pihak pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Majlis Daerah Lundu.


  1. PIHAK PEKERJA

Ahli-ahli bagi pihak pekerja hendaklah terdiri daripada Pekerja-Pekerja di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan di dalam Majlis Daerah Lundu yang berkenaan dan dilantik oleh Kesatuan-Kesatuan Sekerja dan Persatuan-Persatuan Kakitangan yang berdaftar yang mewakili pekerja-pekerja tersebut (atau pekerja-pekerja sendiri).  Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli pihak pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pihak pekerja di mana Majlis Bersama akan ditubuhkan Majlis Daerah Lundu.  Peraturan hendaklah diluluskan oleh Ketua Bahagian berkenaan.


d.   KEKOSONGAN KEANGGOTAAN PIHAK PEKERJA

             Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan pihak Pekerja hendaklah diisi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan yang melantik wakil yang  mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri.

 

e.   TEMPOH JAWATAN PIHAK PEKERJA

Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh 2 tahun mulai dari tarikh perlantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehinggalah berlaku pemilihan baru atau ahli-ahli yang telah dilantik semula.


f.  PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

Pegawai-pegawai Majlis hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri dan dipilih oleh Pihak Pekerja.


g. TUJUAN

Tujuan Majlis adalah untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh diantara Majlis Daerah Lundu dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam Majlis Daerah Lundu mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kelancaran kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan , mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat bekerja dan juga untuk mengumpul pendapat atau buah fikiran daripada pekerja-pekerja  Majlis Daerah Lundu.


h. BIDANG DAN FUNGSI

Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam Bidangkuasa Majlis seperti berikut:

1. Membincang dan memutuskan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran yang berkenaan berkenaan pekerja individu atau perseorangan.

2. Membolehkan kakitangan berfikir positif dab bertanggungjawab terhadap tugas mereka dengan mematuhi syarat-syarat dan tatasusila bekerja.

3. Menggalakan kakitangan memngambil bahagian dalam perbincangan positif serta menyampaikan informasi Visi dan Misi Majlis Daerah Lundu.

4. Membuka ruang dan penambahbaikan pengurusan organisasi pejabat dengan cadangan dan saranan daripada kakitangan dalam hal ini.


i. MESYUARAT-MESYUARAT

Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali atau empat kali setahun.


j. FORUM

Korum bagi Mesyuarat Majlis hendaklah tidak kurang dari enam (6) orang ahli Pihak Pegawai dan enam (6) orang ahli Pihak Pekerja.


k. AGENDA MESYUARAT

Agenda bagi Mesyuarat-Mesyuarat majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-Setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.


l. MESYUARAT KHAS

Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan pengerusi atau Naib Pengerusi apabila perlu.  Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh Pegawai-Pegawai Majlis.  Perkara-perkara yang hendak dibincang di Mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis mesyuarat tersebut.


m. KEPUTUSAN

Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai kedua-dua belah pihak.Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan  jabatan-jabatan  lain dan tidak bertentangan dengan dasar kerajaan, pihak Majlis Daerah Lundu bolehlah melaksanakannya. Bagi keputusan yang ada hubungannya dengan Jabatan lain atau Dasar Kerajaan, ianya hendaklah dirujuk terlebih dahulu dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan(MLGH), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan-jabatan berkenaan.