picture

FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS

 

FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS


FUNGSI DAN PERANAN

Fungsi dan tugas Majlis adalah sepertimana yang tertera di bawah Ordinan Majlis Tempatan, Ordinan Kesihatan Umum dan Mana mana Undang-undang kecil yang relevan atau peraturan yang dibuat di bawahnya. Secara ringkasnya tanggungjawab Majlis adalah:-

 

 

1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan  efisien secara berterusan.

2. Merancang, melaksana dan menyelenggara projek pembangunan Majlis.

3. Menggubal, mengkaji dan melaksanakan perundangan Majlis.

4. Memastikan setiap pegangan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah diukur, dibuat penilaian dan dikenakan cukai pintu /levi (estet perladangan kelapa sawit).

5. Merancang, mengurus dan mengatasi masalah kebersihan dan kesihatan awam.

6. Menggubal, mengkaji semula dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di bawah bidangkuasa Majlis.

7. Menyelaras, menerima dan mengurus laporan  aktiviti – aktiviti Majlis.

8. Penyediaan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak padang sukan, tempat-tempat rekreasi dan lain-lain

9. Sebagai pihak berkuasa meluluskan pembinaan bangunan dan jalan-jalan tertentu di dalam lingkungan kawasan pentadbirannya

10. Mengawasi kegiatan pengiklanan dan aktiviti di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar

11. Menghendaki mana-mana orang awam yang melakukan kacauganggu untuk patuh kepada arahan atau notis dan untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya seseorang yang melakukan kesalahan enggan mematuhi notis atau arahan

12. Sebagai pihak berkuasa mengeluarkan lessen untuk perniagaan yang dijalankan di bawah kawasan jagaannya seperti kedai makanan dan minuman,kilang makanan, pasar dan penjaja, menyimpan dan penjualan minyak petrol, pusat-pusat hiburan, kedai gunting rambut dan saloon, hotel dan rumah tumpangan.

13. Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan perpustakaan awam.