picture

Permit Menduduki

 

Permit Menduduki


Dibawah Akta 24, Undang-Undang Kecil Bangunan Sarawak 1994 menyatakan:-

Tiada seorang pun yang boleh menduduki atau dibenarkan menduduki mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya melainkan jika sesuatu perakuan kelayakan untuk menetapnya telah dikeluarkan di bawah UndangUndang Kecil Bangunan Seragam. Seseorang boleh didakwa di bawah akta ini jikalau gagal mematuhi undangundang ini. Jika disabit kesalahan, anda boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 dan dalam kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi RM300.00 sehari.

 

PROSES PERMOHONAN  PELAN BANGUNAN

Perkara yang perlu disediakan  [sila klik di sini]

 

AGENSI TERLIBAT DALAM KELULUSAN PELAN

a. Jabatan Tanah dan Survei

Dibawah Ordinan pelan bangunan perlu dirujuk ke Jabatan Tanah & Survei untuk diproses dan

diluluskan.

b. Jabatan Bomba dan Penyelamat

Semua pelan bangunan Komersial, Industri dan Pangsapuri perlu dirujuk kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk disemak dan diluluskan.

 

PERMOHONAN  PERMIT MENDUDUKI (OP)

Apakah OP(Occupation Permit)- Permit Menduduki?

Sijil yang dikeluarkan oleh PBT yang mengesahkan bahawa bbangunan tersebut dibina mengikut pelan bangunan yang telah diluluskan dan layak untuk diduduki.

 

Permohonan hendaklah dibuat oleh orang yang mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis (sama ada oleh seorang Arkitek, Jurutera ataupun Pelukis Pelan Berdaftar).

Sekiranya permohonan dikemukakan oleh seorang Arkitek, Jurutera atau Pelukis Pelan Berdaftar, sila pastikan bahawa:-

(a) Bangunan siap dibina mengikut kelulusan pelan bangunan dan surat pengesahan daripada Arkitek, Jurutera, Pelukis Pelan Berdaftar dan Juru Ukur Tanah berlesen diperolehi.

(b) Semua surat sokongan daripada jabatan-jabatan teknikal berkenaan diperolehi.

(c) Segala bayaran pendaftaran dijelaskan.

(d) Borang permohonan

(Borang boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Lundu)

 Perhatian

Segala bayaran pendaftaran boleh dijelaskan di Kaunter Pembayaran Majlis Daearah Lundu.

 

PROSES PERMOHONAN  PERMIT MENDUDUKI (OP)

Borang permohonan (Borang E & F) yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan MDL. Pemeriksaan bangunan akan dibuat oleh Bahagian Kejuruteraan untuk memastikan sama ada bangunan yang dibina menepati semua syarat kelulusan seperti yang tercatat di dalam pelan bangunan.

Untuk bangunan jenis Komersial, Industri dan Pangsapuri, Jabatan Teknikal Luaran iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat dikehendaki memeriksa bangunan tersebut juga.

Permit Menduduki (OP) hanya akan dikeluarkan apabila Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Penilaian dan Pencukaian serta Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak ada sebarang bantahan terhadap perkara ini.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Kejuruteraan Majlis Daerah Lundu di talian 082-735501.