News

 

MD LUNDU ANJUR KONVENSYEN INISIATIF AMALAN S.M.A.R.T 2024

Posted on 26 Oct 2024
Source of News: MDL

23/10/2024
LUNDU – Majlis Daerah Lundu buat julung kali nya telah menganjurkan satu konvensyen yang dinamakan Konvensyen Inisiatif Amalan SMART atau K.I.A.S 2.0 yang bertujuan bagi melahirkan komuniti yang berdaya saing dalam melahirkan inisiatif terbaik untuk komuniti setempat. Pada konvensyen yang berlangsung pada 21 Oktober 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu ini pihak majlis memberi peluang kepada komuniti di zon-zon komuniti yang sedia ada  untuk mempersembahkan inisiatif terbaik yang mereka telah jalankan di dalam satu sidang konvensyen yang dihadiri komuniti dari zon-zon lain. Pihak majlis berharap menerusi konvensyen ini inisiatif-inisiatif ini boleh dikongsi bersama dikalangan komuniti lain dalam daerah Lundu sebagai  contoh bagi membantu dalam membangunkan komuniti mereka.
     Pada tahun ini, 6 komuniti zon daripada 12 komuniti zon yang ada dilundu telah menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan diperingkat daerah di Sarawak. Seramai 7 kumpulan telah menyertai konvensyen ini yang telah berlangsung selama 1 hari. Kumpulan yang menyertai adalah pasukan Lundu eSport Community yang mewakili Komuniti Zon 7 Sileng dengan tajuk inisiatif Program Pembangunan e-Sukan Bagi Belia Zon 7 Sileng, Kumpulan Andara Salako Mansang Tarigas (A.S.M.T) yang mewakili Komuniti Zon 9 Serayan dengan tajuk inisiatif mereka Pemerkasaan Seni Tarian Etnik Selako Di Kampung Serayan Hulu, Jawatankuasa Kumuniti Zon 6 Pekan Lundu dengan tajuk inisiatif Pembangunan Komuniti Bola Tampar Lundu, Team Mana Sangkut yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Belia "Team Mana Sangkut" Dan Program Gawe Besaroh Di Kampung Sebiris, Kumpulan AURA 8 yang terdiri daripada JKKK Kampung Temaga Dayak yang mewakili Komuniti Zon 11 Sebako dengan tajuk inisiatif Program Kampung Eko Pelancongan, Persatuan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Stunggang Melayu yang mewakili Komuniti Zon 4 Batang Kayan dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Program Pembangunan Industri Keropok Ikan Di Kampung Stunggang Melayu dan yang terakhir Kumpulan Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris. Konvensyen tersebut diadili oleh tiga juri iaitu Puan Hajah Dr Asmah binti Othman selaku Ketua Juri, Encik Awang Nazri bin Awang Ahmad dan Puan Siti Hadizarina binti Wahid.
     Majlis penyerahan hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan pada 23 Oktober 2024 bersempena dengan Program Innowaste 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar, Tuan Haji Abu Bakar bin Sepawi merangkap Pemangku Setiausaha Tetap MPHLG, Tuan Haji Awang Yusuf bin Awang Mostapha merangkap Pengerusi MDL, En Abang Abdul Aziz bin Datuk Abang Draub merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Puan Hajah Norashikin binti Brahim merangkap Setiausaha MDL, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum dana wakil daripada PBT Sarawak.