picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN

1. Apakah itu cukai taksiran?

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak di dalam bidangkuasa Majlis. Cukai taksiran adalah merupakan satu sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan hasil dari cukai taksiran digunakan untuk menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis.

2. Apakah jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai taksiran?

Terdapat beberapa jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai pegangan antaranya tempat ibadat, sekolah, tanah perkuburan dan sebagainya.

3. Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?

  • Tujuan Am - Cukai hanya dikenakan ke atas semua pegangan bercukai yang berada di bawah kawasan kuasa tempatan Majlis.
  • Penyelenggaraan Jalan - Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.
  • Pungutan Sampah - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipungut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak.
  • Lampu Jalan - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dengan lampu jalan yang terdekat.
  • Levi - Levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.

4. Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai pintu?

Kawasan Bandar - 1/2 tahun pertama : 30 Mei dan 1/2 tahun kedua : 31 Oktober Kawasan Luar Bandar - Tahunan : 31 Oktober