Sarawak ID | Register
Polls
Announcements

Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan

1. Melaksanakan  pelan tindakan tahunan.

2. Mengambil sampel makanan untuk analisis fizikal, kimia dan mikro.

3. Mendaftar dan merekod sampel ke dalam buku daftar

4. Membuat pemeriksaan, rampasan dan pemusnahan baran-barang makanan dibawah peraturan – peraturan kebersihan makanan 2009 dan akta makanan 1983 dan membuat laporan.

5. Mengeluarkan amaran lisan atau bertulis terhadap mana-mana penjual yang melanggar Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Dan Akta Makanan 1983.

6. Menjalankan penyiasatan dan pendakwaan bagi setiap kes yang melanggar  Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Dan Akta Makanan 1983 termasuk menyediakan kertas aduan, pertuduhan, fakta kes serta menyempurnakan saman dan  membuat laporan.

7. Membuat pemeriksaan premis makanan, gerai, kedai runcit, super/mini market dan premis membuat makanan seperti Bakery, Sauce, dan Ice-Cream Manufacture.

8. Membuat pemeriksaan kebersihan dan pelbagai aspek di penjaja pasar malam.

9. Menyimpan rekod dan data semua premis makanan.

10. Menyelaras dan melaksana pendidikan kesihatan kepada pengendali makanan seperti kursus pengendalian makanan.

11. Mengambil bahagian dalam dalam operasi penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993.

12. Menjalankan Ante Dan Post Mortem inspection bagi daging khinzir.

13. Mendaftar semua pengendali makanan di bawah pentadbiran majlis.

14. Menyedia dan mengeluarkan borang pemeriksaan kesihatan untuk mempastikan semua pengendali makanan layak untuk mengendali atau menyedia makanan.

15. Membuat dan menghantar laporan mingguan, bulanan dan tahunan.

16. Mengemaskini data, graf dan statistik pencapaian pada tiap-tiap bulan.

17. Menyiasat apa jua aduan berhubung dengan perniagaan makanan.

18. Membantu dalam latihan amali bagi pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari kolej.

19. Merekod dan mendaftar semua surat/memo/pekeliling untuk diambil perhatian atau tindakkan selanjutnya.