07 Januari 2026( Rabu) - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Lundu bersempena pelantikan Pegawai Daerah Lundu yang baharu,
Encik Zulkarnain bin Ismail.
Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri oleh barisan pengurusan Majlis Daerah Lundu yang diketuai oleh
Setiausaha Majlis, Hajah Norashikin binti Brahim.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi memperkenalkan peranan dan fungsi Majlis Daerah Lundu di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi, khususnya dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran serta pelaksanaan pembangunandi Daerah Lundu.