Pencapaian Majlis Daerah Lundu Tahun 2024
Sepanjang tahun 2024, Majlis Daerah Lundu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat. Kejayaan ini merangkumi pelaksanaan program-program, projek pembangunan yang membangunkan komuniti setempat, penganjuran aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan ramai, serta pengiktirafan dan anugerah kecemerlangan. Pencapaian ini juga telah menjadi bukti dedikasi Majlis dalam memastikan kemajuan dan kesejahteraan daerah terus diperkukuhkan. Berikut adalah antara pencapaian utama yang telah dicapai sepanjang tahun tersebut:
MDL telah berjaya memperolehi Gangsa dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak bersempena Sambutan Hari Perkhimatan Awam pada 7 Februari 2024.
MDL telah berjaya dalam melaksanakan Majlis Pelancaran Garis Panduan Jawatankuasa Komuniti Zon pada 21 Mei 2024 bertempat di Dewan Masyarakat Lundu.
Kumpulan Libra-C telah membuat penyertaan dalam Konvensyen ICC MPHLG 2024 daripada Bahagian Pembangunan Komuniti yang bertempat di Kingwood Resort, Mukah pada 27-28 Ogos 2024.
Terdapat 6 Komuniti Zon telah menyertai Konvensyen Inisiatif Amalan S.M.A.R.T 2024 bertarikh 21 Oktober 2024 di Dewan Masyarakat Lundu.
MDL telah mendapat gelaran Johan dalam Pameran Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan bersempena Program Innowaste 2024 yang berlangsung selama 2 hari iaitu dari 22 Oktober sehingga 23 Oktober 2024.
MDL mendapat gelaran Naib Juara dan memperoleh Anugerah Pakaian Terbaik di Pertandingan Sepanduk dan Perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul pada Peringkat Daerah Lundu 2024.
Dengan kerjasama antara MDL dan LAKIL, Penganjuran Lundu Maulid Fun Walk 2024 telah mendapat sambutan yang meriah iaitu dengan penyertaan seramai 250 orang peserta.
Perpustakaan Desa Bokah, Majlis Daerah Lundu telah mendapat Anugerah Perpustakaan Desa Terbaik Peringkat PBT Sarawak Tahun 2024
Perpustakaan Majlis Daerah Lundu, telah mendapat gelaran Johan bagi Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan PBT MPHLG Sarawak 2024.
Majlis Daerah Lundu telah berjaya memperoleh 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa dengan mata keseluruhan 4 Pingat yang membuatakan MDL mendapat Tempat Ketiga dalam Mini Karnival Sukan PBT Zon Selatan 2024 yang diadakan di Simunjan.
MDL berjaya memperoleh kutipan Tunggakan Cukai Taksiran yang tertinggi di PBT Sarawak sebanyak 62.55%. Selain itu, MDL juga memperoleh kutipan Cukai Taksiran semasa Tahun 2024 dengan sebanyak 105.05%.
Pelbagai aktiviti berkaitan program kesihatan awam dan persekitaran bandar telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Semburan Residu, OPS Premis Bersih, Tangkapan Anjing Liar, Program Vaksinasi Anti Rabies, Mikrocip, Perlesenan dan lain-lain.
Pelaksanaan Program berkaitan SDG seperti "World Earth Day Beach Clean Up"", Hari Cuci-Cuci Se-Malaysia, Kempen Buy Back, Pertandingan Gubahan Bunga daripada bahan terpakai dan lain-lain lagi.
Pelbagai pelaksanaan projek pembangunan di sekitar kawasan Lundu seperti Projek RTP, GKCDA dan sebagainya.
MDL telah mendapat pengiktirafan 5 Bintang bagi Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan tahun 2024. MDL telah mendapat tangga ke-19 daripada 91 PBT dalam Kategori Majlis Daerah Seluruh Malaysia. MDL juga memperoleh tangga ynag pertama daripada 20 PBT dalam kategori yang sama dalam bahagian Sarawak.