News

 

MAJLIS APRESIASI BERSAMA COMMUNITI TAHUN 2025

Posted on 07 Oct 2025
Source of News: MDL
apresisasi
26 September 2025 -
Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Majlis Apresiasi Bersama Komuniti di Hotel Raia, Kuching dengan kehadiran hampir 200 komuniti dengan bertemakan GLAMOROUS. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat, Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Adenan, ADUN N.03 Tanjong Datu, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Encik Tan Chee Kang, Pengerusi Majlis, Encik Awang Yusup bin Awang Mostapha, Ahli-ahli Majlis, 12 Zon Komuniti Daerah Lundu serta staf Majlis Daerah Lundu.

Melalui majlis ini, pihak Majlis Daerah Lundu ingin menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Zon Komuniti yang banyak membantu dalam pembangunan komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat malah menjadi platform yang baik untuk merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan.

Selain penyampaian Anugerah Apresiasi Komuniti Majlis Daerah Lundu, pelbagai pengisian aktiviti diadakan seperti penyampaian cenderahati kepada Mantan Ahli Majlis Sesi 2023/2025, penyampaian penghargaan kepada Atendan Perpustakaan Desa dan Kakitangan Majlis untuk Tahun 2023 dan 2024, penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang berpencen/ berpindah/ berhenti Tahun 2025, penyampaian insentif kecemerlangan pelajar dan pertandingan Inovasi bertemakan 3R daripada kakitangan Majlis Daerah Lundu.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, tetapi juga sebagai usaha untuk terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti demi kebaikan bersama berlandaskan visi Majlis "Ke arah Menjadikan Lundu Bandar Pantai Semulajadi".