Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaPress Release, 26 October 2024
23/10/2024 LUNDU – Majlis Daerah Lundu buat julung kali nya telah menganjurkan satu konvensyen yang dinamakan Konvensyen Inisiatif Amalan SMART atau K.I.A.S 2.0 yang bertujuan bagi melahirkan komuniti yang berdaya saing dalam melahirkan inisiatif terbaik untuk komuniti setempat. Pada konvensyen yang berlangsung pada 21 Oktober 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu ini pihak majlis memberi peluang kepada komuniti di zon-zon komuniti yang sedia ada untuk mempersembahkan inisiatif terbaik yang mereka telah jalankan di dalam satu sidang konvensyen yang dihadiri komuniti dari zon-zon lain. Pihak majlis berharap menerusi konvensyen ini inisiatif-inisiatif ini boleh dikongsi bersama dikalangan komuniti lain dalam daerah Lundu sebagai contoh bagi membantu dalam membangunkan komuniti mereka. Pada tahun ini, 6 komuniti zon daripada 12 komuniti zon yang ada dilundu telah menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan diperingkat daerah di Sarawak. Seramai 7 kumpulan telah menyertai konvensyen ini yang telah berlangsung selama 1 hari. Kumpulan yang menyertai adalah pasukan Lundu eSport Community yang mewakili Komuniti Zon 7 Sileng dengan tajuk inisiatif Program Pembangunan e-Sukan Bagi Belia Zon 7 Sileng, Kumpulan Andara Salako Mansang Tarigas (A.S.M.T) yang mewakili Komuniti Zon 9 Serayan dengan tajuk inisiatif mereka Pemerkasaan Seni Tarian Etnik Selako Di Kampung Serayan Hulu, Jawatankuasa Kumuniti Zon 6 Pekan Lundu dengan tajuk inisiatif Pembangunan Komuniti Bola Tampar Lundu, Team Mana Sangkut yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Belia "Team Mana Sangkut" Dan Program Gawe Besaroh Di Kampung Sebiris, Kumpulan AURA 8 yang terdiri daripada JKKK Kampung Temaga Dayak yang mewakili Komuniti Zon 11 Sebako dengan tajuk inisiatif Program Kampung Eko Pelancongan, Persatuan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Stunggang Melayu yang mewakili Komuniti Zon 4 Batang Kayan dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Program Pembangunan Industri Keropok Ikan Di Kampung Stunggang Melayu dan yang terakhir Kumpulan Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris. Konvensyen tersebut diadili oleh tiga juri iaitu Puan Hajah Dr Asmah binti Othman selaku Ketua Juri, Encik Awang Nazri bin Awang Ahmad dan Puan Siti Hadizarina binti Wahid. Majlis penyerahan hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan pada 23 Oktober 2024 bersempena dengan Program Innowaste 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar, Tuan Haji Abu Bakar bin Sepawi merangkap Pemangku Setiausaha Tetap MPHLG, Tuan Haji Awang Yusuf bin Awang Mostapha merangkap Pengerusi MDL, En Abang Abdul Aziz bin Datuk Abang Draub merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Puan Hajah Norashikin binti Brahim merangkap Setiausaha MDL, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum dana wakil daripada PBT Sarawak.
Press Release, 30 August 2024
30/8/2024 MUKAH - Majlis Daerah Lundu melalui Kumpulan LIBRA-C telah menyertai Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Kingwood Resort, Mukah. Konvensyen yang diadakan selama 2 hari bermula 27-28 Ogos 2024 tersebut turut disertai oleh 24 kumpulan yang lain dari agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Kumpulan Hibiscus(DBKU), AIM ( MD Matu Daro), D’Infinity (MP Padawan), Seuja (MD Limbang), Tatsunoko (MB Miri), Sharedreams (MD Lubok Antu, De’Durious Team (MD Serian), Teresang (MD Kapit), Eagle (MP Sibu), Santubong Warrior (Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak), Claude Town VII (MD Marudi), SDC Team (MD Saratok), Kaul XI (MD Dalat Mukah), Bleng (DBKU), Sewertech (Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak), Jang Meran (MP Kota Samarahan), D’Baruk 3.0 (MD Bau), PH13 (MD Luar Bandar Sibu), D6 Force (MD Sarikei), Bi-Hydro Tech (Jabatan Pengaliran dan Saliran Sarawak), Entech (Bintulu DA), Trackers 10 (MD Simunjan) dan Engkabang (MD Maradong Julau). Sebanyak konvensyen tersebut sebanyak 24 projek inovatif dan kreatif dibentangkan. Majlis perasmian telah diadakan pada 27 Ogos 2024 oleh YBrs Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Beliau menasihatkan semua PBT Sarawak agar komit dalam membudayakan amalan inovatif dan kreatif dalam membuat penyelesaian permasalahan di agensi masing-masing. Pada konvensyen kali ini, kumpulan LIBRA-C dari MDL telah membentangkan tajuk projek Jumlah Pinjaman Buku Kategori Kanak-Kanak Di Perpustakaan Desa Yang Rendah. Kumpulan LIBRA-C diwakili oleh En Ndriesa anak Saini, Pn Mahayah binti Raduan, Cik Ellflorester anak Edirin, Pn Diana Sylviana anak Alew dan En Ellfrelstern anak Edirin. Majlis penutupan telah diadakan pada 28/8/2024 yang lepas oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak mewakili YB Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Press Release, 29 May 2024
29/5/2024 LUNDU - Satu Sesi Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Ahli Majlis telah diadakan di Dewan Rafflesia MDL pada 28 Mei 2024 (Selasa) untuk lantikan seorang ahli majlis iaitu Encik Joll bin A’ee bagi menggantikan seorang ahli majlis yang telah mengundurkan diri sebagai ahli Majlis akibat faktor kesihatan iaitu En Abu Seman bin Karim. Majlis tersebut telah disaksikan oleh kedua wakil rakyat dalam entadbiran MDL iaitu YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan, ADUN N03 Tanjong Datu dan YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar. Majlis Daerah Lundu mempunyai seramai 32 orang ahli majlis. Pada sesi ucapan amanat daripada YB Azizul Annuar Adenan ADUN N03 Tanjong Datu, beliau berharap ahli-ahli majlis yang sedia ada dan baharu sentiasa memberi komitmen yang tinggi mewakili wakil-wakil rakyat setempat dan PBT dalam memberi impak kepada pembangunan komuniti Daerah Lundu khususnya dalam pembangunan dan pelancongan. Bentuk geografi dan lokasi daerah yang lengkap dengan produk dan lokasi pelancongan melibatkan kawasan pergunungan, air terjun, sungai, pantai dan juga laut amat sesuai dijadikan daerah ini tarikan bagi kawasan pelancongan baik dari dalam negara maupun luar negara. Sebelum itu, dalam ucapan aluan daripada Cr Abdul Razak bin Abdul Razak Timbalan Pengerusi MDL, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan ahli majlis En Abu Seman bin Karim yang telah menaburkan khidmat beliau kepada MDL dan komuniti setempat. Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli majlis dan pegawai kanan MDL.
Press Release, 29 May 2024
23/5/2024 LUNDU – Pihak MDL telah menyediakan satu garis panduan bagi rujukan dua belas Jawatankuasa Komuniti Zon yang telah dibentuk dalam pentadbiran MDL bagi menyelia dan memahami peranan setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Garis Panduan tersebut telah dirasmikan oleh YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar pada 21 Mei 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu. Jawatankuasa Komuniti Zon telah pun diwujudkan sejak tahun 2015 dan selaras dengan perkembangan semasa dalam mencapai halatuju MDL dan polisi Kerajaan Sarawak, pihak MDL telah mengambil inisiatif bagi mengemaskini peranan jawatankuasa melalui garis panduan ini. Pn Norashikin Brahim Setiausaha MDL dalam ucapan aluan beliau memaklumkan bahawa selain dalam membantu mencapai halatuju Kerajaan Sarawak, antara objektif penubuhan Jawatankuasa Komuniti Zon ini adalah bagi memperkukuh dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara PBT dan komuniti. Ia juga merupakan inisiatif bagi saluran maklumat kepada komuniti selain bertindak sebagai satu badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis. Selain itu, ia juga membantu pihak MDL dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan penyertaan dan pandangan komuniti setempat. Ia bagi menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Jawatankuasa Komuniti Zon ini juga bertindak dalam merancang program-program mesra rakyat dan memantau aktiviti-aktiviti jawatankuasa penduduk di kawasan zon masing-masing. Satu sesi taklimat kepada semua Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Kampung berkaitan garis panduan ini telah diadakan sebelum majlis perasmian ini berlangsung yang telah disampaikan oleh En Awang Nazri bin Awang Ahmad, Ketua Bahagian Penilaian, Percukaian dan Pengurusan Strata. Dalam taklimat tersebut dimaklumkan berkaitan objektif penubuhan jawatankuasa, tumpuan perancangan aktiviti jawatankuasa, syarat-syarat lantikan jawatankuasa, tempoh lantikan, penamatan lantikan, peranan setiap ahli jawatankuasa, pengurusan kewangan jawatankuasa dan tindakan pengauditan yang akan dijalankan ke atas jawatankuasa oleh pihak MDL. Pihak MDL juga telah menjemput wakil dari Bank Rakyat Cawangan Lundu bagi memberi sedikit taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan kaedah pembukaan akaun bank. Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah En Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga mewakili ADUN N03 Tanjong Datu, En Zulkipli Morshidi Pemangku Pegawai Daerah Lundu, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung dan kakitangan MDL.
Press Release, 28 February 2024
28/2/2024 LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima kehadiran enam orang panel penilai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia bagi tujuan penilaian (SPB-PBT) bagi tahun 2024 pada 26/2/2024 yang lepas. Pasukan inspektorat tersebut diketuai oleh Encik Chin Khien Leong. Turut bersama dalam pasukan beliau pada sesi tersebut adalah Encik Lim Wei Kean, Puan Lilian Tai Yee Chee, Puan Nur Wahida binti Mohd Aris, Puan Atiqah binti Khalid dan Cik Nor Salwa Aini binti Jamaludin. Pasukan ini disambut oleh Setiausaha Majlis Puan Norashikin binti Brahim bersama Ahli Majlis MDL iaitu Kr. Abdul Razak bin Abdul Wahab merangkap Timbalan Pengerusi Majlis, Kr Fatimah binti Abdullah, Kr Benjamin Jacobus Pieter, Kr. Akoi anak Alat dan kakitangan MDL. Sambutan dimulakan dengan sesi bergambar bersama para panel penilai dan warga MDL di pintu masuk pejabat. Panel dipersembahkan dengan tarian Salako di lobi masuk pejabat MDL. Penilaian merangkumi empat teras melibatkan pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusn pelanggan serta penyertaan komuniti dan pandangan penduduk. Pengauditan SPB-PBT dijalankan setiap dua tahun bagi mengenalpasti tahap penilaian PBT di seluruh Malaysia. Sesi pengauditan dijalankan selama satu hari. Pada sesi pengauditan SPB-PBT yang telah diadakan pada tahun 2022 yang lepas, pihak MDL telah mendapat Anugerah 4 Bintang.