Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 22 October 2025
Localization Of Sustainable Development Goals (SDGs) For Sarawak Local Authorities Pada 21 Oktober 2025 (Selasa), Seminar Ahli-Ahli Majlis 2025 bertemakan Localization of Sustainable Development Goals (SDGs) For Sarawak Local Authorities telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching. Seminar ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, dengan penyertaan seramai 31 orang Ahli Majlis dari Majlis Daerah Lundu. Seminar ini membincangkan lima topik utama, antaranya: 1. Roles and Responsibilities of Councillors oleh En. Desmond Anak Douglas Jerukan, Timbalan Setiausaha Tetap, MPHLG; 2. Peranan Ombudsman dalam Pihak Berkuasa Tempatan oleh YBhg. Dato Sri Abdul Ghafur Shariff, Ketua Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak; 3. Implementation of PCDS 2030 in the context of Local Authorities oleh YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pegawai Penasihat (PCDS 2030), Pejabat Premier Sarawak; 4. Sarawak Sustainability Blueprint 2030 oleh Dr. Kho Lip Khoon, Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; 5. Localising the SDG: Role of Local Authorities and Councillors in Sarawak oleh TPr. Ts. Norliza Binti Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia. Majlis penutupan seminar telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Pada majlis yang sama, Sarawak Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap bagi Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah telah dilancarkan secara rasmi.
Siaran Akhbar, 07 October 2025
26 Sept. 2025 - Majlis Daerah Lundu telah menganjurkan program Lab Ahli Majlis di Hotel Raia, Kuching. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan Ahli Majlis mengenai peranan dan fungsi di bawah pentadbiran Majlis Daerah Lundu dengan lebih mendalami isu, cabaran serta perancangan strategik yang sedang dan akan dilaksanakan. Selain itu, program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dan tadbir urus yang baik melalui sesi taklimat khas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini penting bagi memastikan setiap Ahli Majlis mengamalkan nilai ketelusan, integriti dan bebas daripada sebarang unsur rasuah dalam menjalankan tugas. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memupuk kerjasama erat antara Ahli Majlis seterusnya menyokong usaha Majlis Daerah Lundu ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, beretika dan berorientasikan rakyat dengan berpaksikan visi Majlis "KE ARAH MENJADIKAN LUNDU BANDAR PANTAI SEMULAJADI".
Siaran Akhbar, 07 October 2025
26 September 2025 - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Majlis Apresiasi Bersama Komuniti di Hotel Raia, Kuching dengan kehadiran hampir 200 komuniti dengan bertemakan GLAMOROUS. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat, Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Adenan, ADUN N.03 Tanjong Datu, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Encik Tan Chee Kang, Pengerusi Majlis, Encik Awang Yusup bin Awang Mostapha, Ahli-ahli Majlis, 12 Zon Komuniti Daerah Lundu serta staf Majlis Daerah Lundu. Melalui majlis ini, pihak Majlis Daerah Lundu ingin menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Zon Komuniti yang banyak membantu dalam pembangunan komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat malah menjadi platform yang baik untuk merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan. Selain penyampaian Anugerah Apresiasi Komuniti Majlis Daerah Lundu, pelbagai pengisian aktiviti diadakan seperti penyampaian cenderahati kepada Mantan Ahli Majlis Sesi 2023/2025, penyampaian penghargaan kepada Atendan Perpustakaan Desa dan Kakitangan Majlis untuk Tahun 2023 dan 2024, penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang berpencen/ berpindah/ berhenti Tahun 2025, penyampaian insentif kecemerlangan pelajar dan pertandingan Inovasi bertemakan 3R daripada kakitangan Majlis Daerah Lundu. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, tetapi juga sebagai usaha untuk terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti demi kebaikan bersama berlandaskan visi Majlis "Ke arah Menjadikan Lundu Bandar Pantai Semulajadi".
Siaran Akhbar, 19 August 2025
12 OGOS 2025 (ISNIN) – DEWAN MAHLIGAI GADING, LUNDU Majlis Daerah Lundu akan menganjurkan Program Motivasi Melalui Aplikasi Muzik Terapi pada 18 Ogos 2025 (Isnin) di Dewan Mahligai Gading, Lundu. Program sehari penuh ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan dikendalikan oleh Kaunselor Berdaftar, Dr. Merikan bin Aren daripada Inspire Create Company. Program ini bertujuan membantu peserta mengurangkan tekanan, membebaskan tenaga negatif serta meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan. Ia juga menekankan aspek pengukuhan komuniti, menggalakkan kreativiti dan membina sikap positif berteraskan semangat “can-do”. Selain itu, ia memberi peluang kepada peserta untuk meluaskan minda dengan idea-idea baharu, meningkatkan kemahiran komunikasi melalui pendengaran aktif dan bahasa badan, serta memperkukuh keyakinan diri. Penggunaan muzik sebagai medium terapi diyakini dapat mewujudkan suasana yang lebih santai dan kondusif, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang unik serta berkesan kepada semua peserta.
Siaran Akhbar, 25 March 2025
25 MAC 2025 LUNDU - Sesi Taklimat & Pelaburan Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR) bersama warga kerja Majlis Daerah Lundu. Taklimat Pelaburan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Azyril Fitri bin Sabri, Eksekutif Pemasaran ASSAR. Beliau telah menerangkan peranan ASSAR dalam pengurusan pelaburan dan perlindungan takaful bagi warga kerja Bumiputera Sarawak.
Siaran Akhbar, 12 February 2025
Waktu Operasi Perpustakaan Isnin - Khamis - 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang - 2:00 Petang hingga 5:00 Petang Jumaat - 8:00 Pagi hingga 11:45 Pagi - 2:15 Petang hingga 5:00 Petang Cuti - TUTUP