Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 19 June 2025
18 JUN 2025 (RABU) - LUNDU Majlis Daerah Lundu telah melaksanakan satu latihan pengosongan bangunan secara mengejut pada tahun 2025 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan kakitangan serta memastikan prosedur keselamatan kebakaran dapat dipatuhi dengan berkesan. Semasa latihan, semua penghuni bangunan diarahkan keluar secara mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan. Anggota bomba turut memberi tunjuk ajar dan penilaian terhadap tahap kecekapan pengosongan bangunan. Latihan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kecemasan sebenar.
Siaran Akhbar, 17 April 2025
16 APRIL 2025 (RABU) LUNDU - Majlis Angkat Sumpah Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis, Majlis Daerah Lundu (MDL) Sesi April 2025 hingga Mac 2028 telah disaksikan oleh YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak di Dewan Masyarakat Lundu. Seramai 32 orang Ahli Majlis telah dilantik merangkumi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis. Ahli Majlis ini akan ditugaskan mengikut zon masing-masing bagi membantu Majlis Daerah Lundu dalam merangka polisi dan penyampaian perkhidmatan majlis kepada rakyat di daerah Lundu serta menyampaikan keperluan dan aduan rakyat. Berikut adalah senarai Ahli Majlis, Majlis Daerah Lundu sesi 2025/2028 :- 1. Tn.Hj. Awang Yusup bin Awang Mostapha - Pengerusi 2. Cr. Hj. Bujang bin Budin- Timbalan Pengerusi 3. Cr. Samuel anak Achat 4. Cr. Raya Kechil 5. Cr. Macnilas anak Ahua 6. Cr. Mohamad Rhadzyie bin Kassim 7. Cr. Eliyanna anak Jemat 8. Cr. Andi anak Selutan 9. Cr. Bolhasan bin Putit 10. Cr. Sarip bin Eddi 11. Cr. Jossem anak Daweg 12. Cr. Nurhazwani binti Has 13. Cr. Mohamad Mahidin bin Mos 14. Cr. Mohammad Naieem bin Samsudin 15. Cr. Juyen anak Raper 16. Cr. Sim Siew Li 17. Cr. Tay Tze Wei 18. Cr. Jonip anak Johit 19. Cr. Zuziza binti Adni 20. Cr. Nyukeh anak Nyunggim 21. Cr. Joseph Tau anak Katip 22. Cr. Jackson anak Anggit 23. Cr. Salim anak Dadang 24. Cr. Nolie anak Jita 25. Cr. Sinto anak Lapeng 26. Cr. Akoi anak Alat 27. Cr. Wilson Benang 28. Cr. Medang Tanjong 29. Cr. Empan anak Josay 30. Cr. Mostapha Adam anak Galau 31. Cr. Goh Nam Mui Turut hadir menyaksikan majlis ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN N.3-Tanjong Datu), Tuan Azizul Annuar Adenan, (ADUN N.1-Opar), Tuan Billy Sujang, dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Puan Hajah Norashikin Brahim. Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian dalam ucapannya berkata, pelantikan tersebut membantu pihak berkuasa tempatan melaksanakan amanah dengan lebih dengan sempurna selain memastikan rakyat menerima manfaat serta kesan daripada pembangunan yang dirancang oleh kerajaan. Beliau turut menyatakan bahawa Ahli Majlis tidak hanya mewakili suara dan kepentingan penduduk sebaliknya bertindak sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. “Ahli-ahli majlis daerah di seluruh Sarawak memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan agenda pembangunan kerajaan, khususnya dalam memastikan dasar-dasar kerajaan sampai ke peringkat akar umbi dan memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya. Majlis ini juga diteruskan dengan Majlis Lafaz Ikrar Bebar Rasuah Ahli Majlis yang diketuai oleh Tuan Haji Awang Yusup bin Awang Mostapha selaku Pengerusi Majlis Daerah Lundu dan disaksikan oleh Encik Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Chee Kang, Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam Wan Omar; Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Niponi Undek; dan Abang Abdul Aziz Abang Draup, serta Ketua Polis Daerah Lundu, Superitendent Sudirman Kram.
Siaran Akhbar, 29 May 2024
23/5/2024 LUNDU – Pihak MDL telah menyediakan satu garis panduan bagi rujukan dua belas Jawatankuasa Komuniti Zon yang telah dibentuk dalam pentadbiran MDL bagi menyelia dan memahami peranan setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Garis Panduan tersebut telah dirasmikan oleh YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar pada 21 Mei 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu. Jawatankuasa Komuniti Zon telah pun diwujudkan sejak tahun 2015 dan selaras dengan perkembangan semasa dalam mencapai halatuju MDL dan polisi Kerajaan Sarawak, pihak MDL telah mengambil inisiatif bagi mengemaskini peranan jawatankuasa melalui garis panduan ini. Pn Norashikin Brahim Setiausaha MDL dalam ucapan aluan beliau memaklumkan bahawa selain dalam membantu mencapai halatuju Kerajaan Sarawak, antara objektif penubuhan Jawatankuasa Komuniti Zon ini adalah bagi memperkukuh dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara PBT dan komuniti. Ia juga merupakan inisiatif bagi saluran maklumat kepada komuniti selain bertindak sebagai satu badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis. Selain itu, ia juga membantu pihak MDL dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan penyertaan dan pandangan komuniti setempat. Ia bagi menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Jawatankuasa Komuniti Zon ini juga bertindak dalam merancang program-program mesra rakyat dan memantau aktiviti-aktiviti jawatankuasa penduduk di kawasan zon masing-masing. Satu sesi taklimat kepada semua Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Kampung berkaitan garis panduan ini telah diadakan sebelum majlis perasmian ini berlangsung yang telah disampaikan oleh En Awang Nazri bin Awang Ahmad, Ketua Bahagian Penilaian, Percukaian dan Pengurusan Strata. Dalam taklimat tersebut dimaklumkan berkaitan objektif penubuhan jawatankuasa, tumpuan perancangan aktiviti jawatankuasa, syarat-syarat lantikan jawatankuasa, tempoh lantikan, penamatan lantikan, peranan setiap ahli jawatankuasa, pengurusan kewangan jawatankuasa dan tindakan pengauditan yang akan dijalankan ke atas jawatankuasa oleh pihak MDL. Pihak MDL juga telah menjemput wakil dari Bank Rakyat Cawangan Lundu bagi memberi sedikit taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan kaedah pembukaan akaun bank. Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah En Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga mewakili ADUN N03 Tanjong Datu, En Zulkipli Morshidi Pemangku Pegawai Daerah Lundu, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung dan kakitangan MDL.
Siaran Akhbar, 30 August 2024
30/8/2024 MUKAH - Majlis Daerah Lundu melalui Kumpulan LIBRA-C telah menyertai Konvensyen Inovatif dan Kreatif Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Kingwood Resort, Mukah. Konvensyen yang diadakan selama 2 hari bermula 27-28 Ogos 2024 tersebut turut disertai oleh 24 kumpulan yang lain dari agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Kumpulan Hibiscus(DBKU), AIM ( MD Matu Daro), D’Infinity (MP Padawan), Seuja (MD Limbang), Tatsunoko (MB Miri), Sharedreams (MD Lubok Antu, De’Durious Team (MD Serian), Teresang (MD Kapit), Eagle (MP Sibu), Santubong Warrior (Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak), Claude Town VII (MD Marudi), SDC Team (MD Saratok), Kaul XI (MD Dalat Mukah), Bleng (DBKU), Sewertech (Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak), Jang Meran (MP Kota Samarahan), D’Baruk 3.0 (MD Bau), PH13 (MD Luar Bandar Sibu), D6 Force (MD Sarikei), Bi-Hydro Tech (Jabatan Pengaliran dan Saliran Sarawak), Entech (Bintulu DA), Trackers 10 (MD Simunjan) dan Engkabang (MD Maradong Julau). Sebanyak konvensyen tersebut sebanyak 24 projek inovatif dan kreatif dibentangkan. Majlis perasmian telah diadakan pada 27 Ogos 2024 oleh YBrs Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Beliau menasihatkan semua PBT Sarawak agar komit dalam membudayakan amalan inovatif dan kreatif dalam membuat penyelesaian permasalahan di agensi masing-masing. Pada konvensyen kali ini, kumpulan LIBRA-C dari MDL telah membentangkan tajuk projek Jumlah Pinjaman Buku Kategori Kanak-Kanak Di Perpustakaan Desa Yang Rendah. Kumpulan LIBRA-C diwakili oleh En Ndriesa anak Saini, Pn Mahayah binti Raduan, Cik Ellflorester anak Edirin, Pn Diana Sylviana anak Alew dan En Ellfrelstern anak Edirin. Majlis penutupan telah diadakan pada 28/8/2024 yang lepas oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak mewakili YB Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Siaran Akhbar, 26 October 2024
23/10/2024 LUNDU – Majlis Daerah Lundu buat julung kali nya telah menganjurkan satu konvensyen yang dinamakan Konvensyen Inisiatif Amalan SMART atau K.I.A.S 2.0 yang bertujuan bagi melahirkan komuniti yang berdaya saing dalam melahirkan inisiatif terbaik untuk komuniti setempat. Pada konvensyen yang berlangsung pada 21 Oktober 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu ini pihak majlis memberi peluang kepada komuniti di zon-zon komuniti yang sedia ada untuk mempersembahkan inisiatif terbaik yang mereka telah jalankan di dalam satu sidang konvensyen yang dihadiri komuniti dari zon-zon lain. Pihak majlis berharap menerusi konvensyen ini inisiatif-inisiatif ini boleh dikongsi bersama dikalangan komuniti lain dalam daerah Lundu sebagai contoh bagi membantu dalam membangunkan komuniti mereka. Pada tahun ini, 6 komuniti zon daripada 12 komuniti zon yang ada dilundu telah menyertai konvensyen yang pertama kali diadakan diperingkat daerah di Sarawak. Seramai 7 kumpulan telah menyertai konvensyen ini yang telah berlangsung selama 1 hari. Kumpulan yang menyertai adalah pasukan Lundu eSport Community yang mewakili Komuniti Zon 7 Sileng dengan tajuk inisiatif Program Pembangunan e-Sukan Bagi Belia Zon 7 Sileng, Kumpulan Andara Salako Mansang Tarigas (A.S.M.T) yang mewakili Komuniti Zon 9 Serayan dengan tajuk inisiatif mereka Pemerkasaan Seni Tarian Etnik Selako Di Kampung Serayan Hulu, Jawatankuasa Kumuniti Zon 6 Pekan Lundu dengan tajuk inisiatif Pembangunan Komuniti Bola Tampar Lundu, Team Mana Sangkut yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Belia "Team Mana Sangkut" Dan Program Gawe Besaroh Di Kampung Sebiris, Kumpulan AURA 8 yang terdiri daripada JKKK Kampung Temaga Dayak yang mewakili Komuniti Zon 11 Sebako dengan tajuk inisiatif Program Kampung Eko Pelancongan, Persatuan Persekutuan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Stunggang Melayu yang mewakili Komuniti Zon 4 Batang Kayan dengan tajuk inisiatif mereka iaitu Program Pembangunan Industri Keropok Ikan Di Kampung Stunggang Melayu dan yang terakhir Kumpulan Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris yang mewakili Komuniti Zon 5 Titiakar dengan tajuk inisiatif mereka Warisan Kraftangan Motont Kampung Sebiris. Konvensyen tersebut diadili oleh tiga juri iaitu Puan Hajah Dr Asmah binti Othman selaku Ketua Juri, Encik Awang Nazri bin Awang Ahmad dan Puan Siti Hadizarina binti Wahid. Majlis penyerahan hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan pada 23 Oktober 2024 bersempena dengan Program Innowaste 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar, Tuan Haji Abu Bakar bin Sepawi merangkap Pemangku Setiausaha Tetap MPHLG, Tuan Haji Awang Yusuf bin Awang Mostapha merangkap Pengerusi MDL, En Abang Abdul Aziz bin Datuk Abang Draub merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Puan Hajah Norashikin binti Brahim merangkap Setiausaha MDL, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kaum dana wakil daripada PBT Sarawak.
Siaran Akhbar, 12 February 2025
Waktu Operasi Perpustakaan Isnin - Khamis - 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang - 2:00 Petang hingga 5:00 Petang Jumaat - 8:00 Pagi hingga 11:45 Pagi - 2:15 Petang hingga 5:00 Petang Cuti - TUTUP