Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 23 July 2026
Majlis Daerah Lundu telah menghadiri Persidangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2026 yang berlangsung pada 16 Julai 2026 hingga 17 Julai 2026 di Voco by IHG Kuching. Persidangan ini telah disertai oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Lundu. Persidangan tersebut merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sarawak, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG). Tema persidangan pada tahun ini ialah "Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan: Ke Arah Penyampaian Perkhidmatan Berimpak Berteraskan Integriti." Sempena persidangan tersebut, MPHLG telah menyampaikan anugerah dan pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Majlis Daerah Lundu telah menerima Pengiktirafan Pencapaian Sasaran Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran Tahun 2025 bagi kategori Majlis Daerah. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Lundu atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah membawa kepada kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Daerah Lundu.
Siaran Akhbar, 29 May 2024
23/5/2024 LUNDU – Pihak MDL telah menyediakan satu garis panduan bagi rujukan dua belas Jawatankuasa Komuniti Zon yang telah dibentuk dalam pentadbiran MDL bagi menyelia dan memahami peranan setiap ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Garis Panduan tersebut telah dirasmikan oleh YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar pada 21 Mei 2024 yang lepas di Dewan Masyarakat Lundu. Jawatankuasa Komuniti Zon telah pun diwujudkan sejak tahun 2015 dan selaras dengan perkembangan semasa dalam mencapai halatuju MDL dan polisi Kerajaan Sarawak, pihak MDL telah mengambil inisiatif bagi mengemaskini peranan jawatankuasa melalui garis panduan ini. Pn Norashikin Brahim Setiausaha MDL dalam ucapan aluan beliau memaklumkan bahawa selain dalam membantu mencapai halatuju Kerajaan Sarawak, antara objektif penubuhan Jawatankuasa Komuniti Zon ini adalah bagi memperkukuh dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara PBT dan komuniti. Ia juga merupakan inisiatif bagi saluran maklumat kepada komuniti selain bertindak sebagai satu badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis. Selain itu, ia juga membantu pihak MDL dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dengan penyertaan dan pandangan komuniti setempat. Ia bagi menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis. Jawatankuasa Komuniti Zon ini juga bertindak dalam merancang program-program mesra rakyat dan memantau aktiviti-aktiviti jawatankuasa penduduk di kawasan zon masing-masing. Satu sesi taklimat kepada semua Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Kampung berkaitan garis panduan ini telah diadakan sebelum majlis perasmian ini berlangsung yang telah disampaikan oleh En Awang Nazri bin Awang Ahmad, Ketua Bahagian Penilaian, Percukaian dan Pengurusan Strata. Dalam taklimat tersebut dimaklumkan berkaitan objektif penubuhan jawatankuasa, tumpuan perancangan aktiviti jawatankuasa, syarat-syarat lantikan jawatankuasa, tempoh lantikan, penamatan lantikan, peranan setiap ahli jawatankuasa, pengurusan kewangan jawatankuasa dan tindakan pengauditan yang akan dijalankan ke atas jawatankuasa oleh pihak MDL. Pihak MDL juga telah menjemput wakil dari Bank Rakyat Cawangan Lundu bagi memberi sedikit taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan kaedah pembukaan akaun bank. Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan adalah En Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup Setiausaha Politik Premier Sarawak yang juga mewakili ADUN N03 Tanjong Datu, En Zulkipli Morshidi Pemangku Pegawai Daerah Lundu, Ketua-Ketua Masyarakat, Ketua-Ketua Kampung dan kakitangan MDL.
Siaran Akhbar, 25 February 2026
BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA KOMUNITI Marilah menyertai Kempen Pelesenan Anjing Percuma. Jangan lepaskan peluang anda dan permohonan sah untuk Tahun 2026 sahaja. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Majlis melalui telefon 082-735501 @ email lundudc@sarawak.gov.my
Siaran Akhbar, 07 October 2025
26 September 2025 - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Majlis Apresiasi Bersama Komuniti di Hotel Raia, Kuching dengan kehadiran hampir 200 komuniti dengan bertemakan GLAMOROUS. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat, Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Adenan, ADUN N.03 Tanjong Datu, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Encik Tan Chee Kang, Pengerusi Majlis, Encik Awang Yusup bin Awang Mostapha, Ahli-ahli Majlis, 12 Zon Komuniti Daerah Lundu serta staf Majlis Daerah Lundu. Melalui majlis ini, pihak Majlis Daerah Lundu ingin menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Zon Komuniti yang banyak membantu dalam pembangunan komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat malah menjadi platform yang baik untuk merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan. Selain penyampaian Anugerah Apresiasi Komuniti Majlis Daerah Lundu, pelbagai pengisian aktiviti diadakan seperti penyampaian cenderahati kepada Mantan Ahli Majlis Sesi 2023/2025, penyampaian penghargaan kepada Atendan Perpustakaan Desa dan Kakitangan Majlis untuk Tahun 2023 dan 2024, penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang berpencen/ berpindah/ berhenti Tahun 2025, penyampaian insentif kecemerlangan pelajar dan pertandingan Inovasi bertemakan 3R daripada kakitangan Majlis Daerah Lundu. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, tetapi juga sebagai usaha untuk terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti demi kebaikan bersama berlandaskan visi Majlis "Ke arah Menjadikan Lundu Bandar Pantai Semulajadi".
Siaran Akhbar, 07 January 2026
07 Januari 2026( Rabu) - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Lundu bersempena pelantikan Pegawai Daerah Lundu yang baharu, Encik Zulkarnain bin Ismail. Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri oleh barisan pengurusan Majlis Daerah Lundu yang diketuai oleh Setiausaha Majlis, Hajah Norashikin binti Brahim. Tujuan kunjungan ini adalah bagi memperkenalkan peranan dan fungsi Majlis Daerah Lundu di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi, khususnya dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran serta pelaksanaan pembangunandi Daerah Lundu.
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026
Siaran Akhbar, 12 February 2025
Waktu Operasi Perpustakaan Isnin - Khamis - 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang - 2:00 Petang hingga 5:00 Petang Jumaat - 8:00 Pagi hingga 11:45 Pagi - 2:15 Petang hingga 5:00 Petang Cuti - TUTUP