Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu
Sejarah awal permulaan Majlis Daerah Lundu sama seperti majlis-majlis lain di Sarawak ialah pada tahun 1953, dipengerusikan oleh D.L BRUEN (1953-1956) yang mana pada masa itu dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Lundu...
SelanjutnyaSiaran Akhbar, 07 October 2025
26 September 2025 - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Majlis Apresiasi Bersama Komuniti di Hotel Raia, Kuching dengan kehadiran hampir 200 komuniti dengan bertemakan GLAMOROUS. Majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat, Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Adenan, ADUN N.03 Tanjong Datu, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Encik Tan Chee Kang, Pengerusi Majlis, Encik Awang Yusup bin Awang Mostapha, Ahli-ahli Majlis, 12 Zon Komuniti Daerah Lundu serta staf Majlis Daerah Lundu. Melalui majlis ini, pihak Majlis Daerah Lundu ingin menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Zon Komuniti yang banyak membantu dalam pembangunan komuniti setempat dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat malah menjadi platform yang baik untuk merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan. Selain penyampaian Anugerah Apresiasi Komuniti Majlis Daerah Lundu, pelbagai pengisian aktiviti diadakan seperti penyampaian cenderahati kepada Mantan Ahli Majlis Sesi 2023/2025, penyampaian penghargaan kepada Atendan Perpustakaan Desa dan Kakitangan Majlis untuk Tahun 2023 dan 2024, penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang berpencen/ berpindah/ berhenti Tahun 2025, penyampaian insentif kecemerlangan pelajar dan pertandingan Inovasi bertemakan 3R daripada kakitangan Majlis Daerah Lundu. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, tetapi juga sebagai usaha untuk terus menyemarakkan semangat kerjasama dalam komuniti demi kebaikan bersama berlandaskan visi Majlis "Ke arah Menjadikan Lundu Bandar Pantai Semulajadi".
Siaran Akhbar, 07 October 2025
26 Sept. 2025 - Majlis Daerah Lundu telah menganjurkan program Lab Ahli Majlis di Hotel Raia, Kuching. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan Ahli Majlis mengenai peranan dan fungsi di bawah pentadbiran Majlis Daerah Lundu dengan lebih mendalami isu, cabaran serta perancangan strategik yang sedang dan akan dilaksanakan. Selain itu, program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dan tadbir urus yang baik melalui sesi taklimat khas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini penting bagi memastikan setiap Ahli Majlis mengamalkan nilai ketelusan, integriti dan bebas daripada sebarang unsur rasuah dalam menjalankan tugas. Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memupuk kerjasama erat antara Ahli Majlis seterusnya menyokong usaha Majlis Daerah Lundu ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, beretika dan berorientasikan rakyat dengan berpaksikan visi Majlis "KE ARAH MENJADIKAN LUNDU BANDAR PANTAI SEMULAJADI".
Siaran Akhbar, 07 January 2026
07 Januari 2026( Rabu) - Majlis Daerah Lundu telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Daerah Lundu bersempena pelantikan Pegawai Daerah Lundu yang baharu, Encik Zulkarnain bin Ismail. Kunjungan hormat tersebut telah dihadiri oleh barisan pengurusan Majlis Daerah Lundu yang diketuai oleh Setiausaha Majlis, Hajah Norashikin binti Brahim. Tujuan kunjungan ini adalah bagi memperkenalkan peranan dan fungsi Majlis Daerah Lundu di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi, khususnya dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran serta pelaksanaan pembangunandi Daerah Lundu.
Siaran Akhbar, 03 February 2026
SEMATAN, 28 Januari 2026 – Kerajaan Sarawak terus membuktikan komitmen padu dalam memacu pembangunan infrastruktur serta merangsang ekonomi setempat melalui perasmian beberapa projek penting di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu. Majlis Perasmian Projek Gerai Makan dan Waterfront Sematan telah disempurnakan oleh YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu. Projek-projek ini mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di Daerah Lundu. Setiausaha Majlis Daerah Lundu (MDL), Puan Hajah Norashikin Brahim dalam ucapannya memaklumkan bahawa sebanyak 19 unit Gerai Makan Sematan telah berjaya dinaik taraf dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM926,030.00. Inisiatif ini bertujuan menyediakan kemudahan niaga yang lebih selesa dan kondusif kepada para peniaga tempatan. Selain itu, projek naiktaraf Waterfront Sematan turut dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM849,980.00, selaras dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, khususnya dalam memperkukuh penyediaan kemudahan awam yang inklusif serta berdaya saing. Dalam ucapan perasmiannya, YB Azizul Annuar turut mengumumkan berita gembira mengenai kelulusan peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta di bawah Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) bagi kesinambungan pembangunan Waterfront Sematan. Daripada jumlah tersebut, RM15 juta diperuntukkan bagi pembinaan struktur tebingan sepanjang 500 meter yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, manakala RM15 juta lagi diperuntukkan untuk pembinaan dan pembangunan Marina Sematan dengan Majlis Daerah Lundu sebagai agensi pelaksana. Projek berkenaan akan menyambung pembangunan waterfront sedia ada sehingga ke Tanah Hitam I, lengkap dengan pembinaan jeti baharu yang dijangka mampu memperkasakan sektor pelancongan pesisir pantai serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat setempat. YB Azizul Annuar dan Puan Hajah Norashikin turut menekankan kepentingan penjagaan prasarana serta kebersihan kawasan. Masyarakat dan para peniaga diseru agar bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan kemudahan awam sentiasa terpelihara. Majlis Daerah Lundu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB ADUN N.3 Tanjong Datu atas kepimpinan dan sokongan berterusan beliau, serta kepada barisan kontraktor dan pasukan MDL yang telah berjaya menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Zulkarnain bin Ismail (Pegawai Daerah Lundu merangkap Pengerusi Majlis Daerah Lundu), Supt Sudirman bin Kram (Ketua Polis Daerah Lundu), wakil GKCDA, Pemanca, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Lundu serta .Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Sematan.
Siaran Akhbar, 03 February 2026
30 Januari 2026 (Jumaat) - Sekitar Majlis Sanjungan Budi, Kenangan Abadi anjuran Majlis Daerah Lundu yang berlangsung di Pullman Hotel, Kuching. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan, ADUN N3 Tanjong Datu. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa Mantan Pengerusi Majlis - Tuan Haji Awang Yusup bin Awang Mostapha, Mantan Setiausaha Majlis - Puan Hajah Norashikin binti Brahim, Mantan Ahli Majlis - Tuan Empan anak Josey dan Pesara Majlis Daerah Lundu - Encik Jinit anak Nyaing, Pembantu Khidmat Am, Gred H1.
Siaran Akhbar, 12 February 2025
Waktu Operasi Perpustakaan Isnin - Khamis - 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang - 2:00 Petang hingga 5:00 Petang Jumaat - 8:00 Pagi hingga 11:45 Pagi - 2:15 Petang hingga 5:00 Petang Cuti - TUTUP