
30 Januari 2026 (Jumaat) - Sekitar Majlis Sanjungan Budi, Kenangan Abadi anjuran Majlis Daerah Lundu yang berlangsung di Pullman Hotel, Kuching.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Tuan Azizul Annuar Bin Pehin Sri Haji Adenan, ADUN N3 Tanjong Datu.
Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa Mantan Pengerusi Majlis - Tuan Haji Awang Yusup bin Awang Mostapha, Mantan Setiausaha Majlis - Puan Hajah Norashikin binti Brahim, Mantan Ahli Majlis - Tuan Empan anak Josey dan Pesara Majlis Daerah Lundu - Encik Jinit anak Nyaing, Pembantu Khidmat Am, Gred H1.