Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
 
Bunga Orkid LunduBunga Orkid Lundu

Nama spesifik bagi orkid ini adalah Phalaenopsis Bellina dan berasal dari Daerah Lundu. Bagi masyarakat Bidayuh Salako yang menetap di sini, orkid ini dikenali sebagai nama Kambang Alo. Suatu ketika dahulu, orkid ini sangat banyak dijumpai tumbuh dikawasan kaki pergunungan di sekitar daerah ini yang terkenal dengan keindahan hutan semulajadinya. Spesis orkid ini amat menyukai persekitaran teduh yang kurang pencahayaan di sekitar kawasan sungai. Walaubagaimana pun, spesis ini amat jarang dijumpai lagi sekarang atas faktor habitat asalnya telah terganggu oleh pembangunan setempat dan aktiviti penanaman sawit.

Kecantikan dan popularitinya telah menyebabkan ia dinamakan semula sebagai Orkid Normah bersempena dengan nama isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke empat, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah Abdullah. Orkid ini telah dijadikan sebagai bunga rasmi bagi Negeri Sarawak.

Bunga Orkid ini berbentuk kecil dengan panjang sekitar empat hingga lima sentimeter dan tersusun dalam dua susunan. Ia mempunyai bunga kelopak berwarna hijau dan dihantar ke tapaknya. Bahagian dalamnya pula berwarna ungu tua. Spesis bunga ini amat terkenal dengan dengan warnanya yang cantik.

Orkid ini boleh dijumpai di kepulauan Borneo, Semenanjung Malaysia dan Sumatera.