BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (KEWANGAN)
FUNGSI SEKSYEN KEWANGAN
Pengurusan Hasil
- Menerima kutipan hasil Majlis menerusi kaunter pembayaran
- Memperakaunan hasil-hasil yang diterima pada setiap hari
- Memastikan hasil-hasil kutipan dimasukkan ke bank setiap hari
Pengurusan Perbelanjaan
- Memproses pesanan Majlis ( Local Purchase Order / Service Order ) yang telah disediakan oleh setiap bahagian/unit dan diluluskan oleh Setiausaha
- Memastikan perbelanjaan adalah dalam lingkungan had belanjawan yang telah ditetapkan
- Memproses baucar-baucar pembayaran mengikut invois / bil yang diterima
- Mencetak cek untuk diedarkan kepada pembekal
- Mengurus penggantian cek sekiranya terdapat cek batal
Perakaunan
- Memperakaunkan hasil dan perbelanjaan Majlis
- Membuat sebarang pembetulan akaun ( sekiranya ada )
- Menjana laporan bulanan untuk diserahkan kepada Audit dan setiap bahagian/unit bagi tujuan pengemaskini akaun
- Membuat penyata penyesuaian akaun
- Menyediakan permohonan pindahan ( virement ) dan penambahan ( supplementary provision ) peruntukan dalam anggaran perbelanjaan tahunan.
Penggajian dan Pinjaman
- Menguruskan pembayaran gaji bagi pekerja bergaji bulan dan gaji menerusi pesanan kerja ( service order )
- Mengurus pembayaran tuntutan perjalanan kakitangan
- Memproses permohonan pinjaman / pendahuluan khas kakitangan
- Membuat penyelarasan gaji/ bayaran bonus ( sekiranya ada )
Pengurusan Aset dan Inventori
- Mengurus penerimaan pendaftaran aset dan inventori
- Mengurus laporan pemeriksaan
- Mengurus penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset dan inventori
- Mengurus pelupusan kehilangan dan hapuskira aset dan inventori