Pengenalan Library4Kids

 

Pengenalan Library4Kids


Library4Kids merupakan sebuah program pinjaman berkelompok yang merupakan salah satu inisiatif Majlis Daerah Lundu dalam mempromosikan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak di sekitar Daerah Lundu, khususnya kanak-kanak tadika. Program ini dibuka khusus untuk tadika dan pusat jagaan kanak-kanak di Daerah Lundu yang berdaftar dengan Majlis Daerah Lundu dengan yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM1.00 bagi seorang pelajar setahun. Setiap tadika akan dibekalkan dengan satu kotak simpanan buku, Libra Kids Cabinet yang boleh memuatkan sehingga 100 naskah buku.
Tempoh pinjaman adalah dua minggu sekali. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman sesawang Majlis Daerah Lundu.