picture

 

UNIT ICT DAN MULTIMEDIA


Unit ICT dan Multimedia diwujudkan bagi tujuan menyokong tugasan kerja teknikal ICT kepada warga MDL berkaitan kemudahan dan perkhidmatan ICT yang lancar, cekap dan berkesan serta tugasan berkaitan multimedia. 

Objektif penubuhan Unit ini adalah seperti berikut:

  1. Menyedia kemudahan dan kemahiran ICT dan Multimedia bagi apa-apa penganjuran dan tugasan MDL
  2. Menyedia prasarana semasa seiring dengan perkembangan teknologi untuk kemudahan warga MDL
  3. Memastikan prasarana, peralatan dan perkakasan teknologi di bawah seliaan berada di dalam keadaan baik dan berfungsi
  4. Mempertingkatkan kemahiran ICT kepada wargakerja MDL
  5. Membuat pemantauan penggunaan ICT di peringkat jabatan

Unit ini terdiri daripada kakitangan sedia ada yang dilantik daripada pelbagai bahagian dan seksyen di MDL.