News

 

Persidangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2026

Posted on 23 Jul 2026
Source of News: MDL
konvensyen PBT
Majlis Daerah Lundu telah menghadiri Persidangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2026 yang berlangsung pada 16 Julai 2026 hingga 17 Julai 2026 di Voco by IHG Kuching. Persidangan ini telah disertai oleh Ahli-ahli Majlis, Setiausaha Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Lundu.

Persidangan tersebut merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sarawak, Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG). Tema persidangan pada tahun ini ialah "Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan: Ke Arah Penyampaian Perkhidmatan Berimpak Berteraskan Integriti."

Sempena persidangan tersebut, MPHLG telah menyampaikan anugerah dan pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Majlis Daerah Lundu telah menerima Pengiktirafan Pencapaian Sasaran Kutipan Tunggakan Cukai Taksiran Tahun 2025 bagi kategori Majlis Daerah.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Lundu atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah membawa kepada kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan Daerah Lundu.