Berita

 

Program Jelajah Kaunseling PBT Zon Selatan di Majlis Daerah Lundu

Disiarkan pada 12 Feb 2026
Sumber Berita: MDL

10 Februari 2026 (Selasa)
– Program Jelajah Kaunseling Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Selatan telah diadakan di Dewan Rafflesia, Majlis Daerah Lundu.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan majlis berkaitan kepentingan kesejahteraan mental dan emosi, di samping membantu pengurusan tekanan di tempat kerja secara lebih berkesan.

Program tersebut telah dikendalikan oleh Tn. Haji Mohamad Umar Junit, Pegawai Tadbir (Psikologi), Unit Kaunseling, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah diberikan penerangan berhubung peranan perkhidmatan kaunseling, kepentingan penjagaan kesihatan mental serta pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam menangani isu-isu psikososial di tempat kerja.

Kehadiran dan penglibatan kakitangan Majlis Daerah Lundu dalam program ini adalah amat menggalakkan dan mencerminkan komitmen majlis dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga kerjanya. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pembangunan modal insan yang seimbang dan berdaya saing.