SEMINAR AHLI-AHLI MAJLIS 2025
Disiarkan pada 22 Oct 2025
Sumber Berita: MDL

Localization Of Sustainable Development Goals (SDGs) For Sarawak Local Authorities
Pada 21 Oktober 2025 (Selasa), Seminar Ahli-Ahli Majlis 2025 bertemakan Localization of Sustainable Development Goals (SDGs) For Sarawak Local Authorities telah diadakan di Hotel Pullman, Kuching. Seminar ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, dengan penyertaan seramai 31 orang Ahli Majlis dari Majlis Daerah Lundu.
Seminar ini membincangkan lima topik utama, antaranya:
1. Roles and Responsibilities of Councillors oleh En. Desmond Anak Douglas Jerukan, Timbalan Setiausaha Tetap, MPHLG;
2. Peranan Ombudsman dalam Pihak Berkuasa Tempatan oleh YBhg. Dato Sri Abdul Ghafur Shariff, Ketua Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak;
3. Implementation of PCDS 2030 in the context of Local Authorities oleh YBhg. Datu Ir. Haji Zuraimi Bin Haji Sabki, Pegawai Penasihat (PCDS 2030), Pejabat Premier Sarawak;
4. Sarawak Sustainability Blueprint 2030 oleh Dr. Kho Lip Khoon, Ketua Bahagian Pembangunan Korporat dan Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak;
5. Localising the SDG: Role of Local Authorities and Councillors in Sarawak oleh TPr. Ts. Norliza Binti Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Urbanice Malaysia.
Majlis penutupan seminar telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Pada majlis yang sama, Sarawak Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap bagi Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah telah dilancarkan secara rasmi.