Berita

 

PROGRAM LAB AHLI MAJLIS TAHUN 2025

Disiarkan pada 07 Oct 2025
Sumber Berita: MDL
LAB
26 Sept. 2025 - Majlis Daerah Lundu telah menganjurkan program Lab Ahli Majlis di Hotel Raia, Kuching. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan Ahli Majlis mengenai peranan dan fungsi di bawah pentadbiran Majlis Daerah Lundu dengan lebih mendalami isu, cabaran serta perancangan strategik yang sedang dan akan dilaksanakan.

      Selain itu, program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dan tadbir urus yang baik melalui sesi taklimat khas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini penting bagi memastikan setiap Ahli Majlis mengamalkan nilai ketelusan, integriti dan bebas daripada sebarang unsur rasuah dalam menjalankan tugas.

      Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat memupuk kerjasama erat antara Ahli Majlis seterusnya menyokong usaha Majlis Daerah Lundu ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, beretika dan berorientasikan rakyat dengan berpaksikan visi Majlis "KE ARAH MENJADIKAN LUNDU BANDAR PANTAI SEMULAJADI".