Berita

 

Majlis Daerah Lundu telah mengadakan Sesi Latihan Pengosongan Bangunan (Kebakaran) Tahun 2025

Disiarkan pada 19 Jun 2025
Sumber Berita: MDL


18 JUN 2025 (RABU) - LUNDU

Majlis Daerah Lundu telah melaksanakan satu latihan pengosongan bangunan secara mengejut pada tahun 2025 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan kakitangan serta memastikan prosedur keselamatan kebakaran dapat dipatuhi dengan berkesan.

Semasa latihan, semua penghuni bangunan diarahkan keluar secara mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan. Anggota bomba turut memberi tunjuk ajar dan penilaian terhadap tahap kecekapan pengosongan bangunan. Latihan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kecemasan sebenar.