News

 

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis yang Baharu

Posted on 29 May 2024
Source of News: MDL


29/5/2024

LUNDU - Satu Sesi Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Ahli Majlis telah diadakan di Dewan Rafflesia MDL pada 28 Mei 2024 (Selasa) untuk lantikan seorang ahli majlis iaitu Encik Joll bin A’ee bagi menggantikan seorang ahli majlis yang telah mengundurkan diri sebagai ahli Majlis akibat faktor kesihatan iaitu En Abu Seman bin Karim.  Majlis tersebut telah disaksikan oleh kedua wakil rakyat dalam entadbiran MDL iaitu YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan, ADUN N03 Tanjong Datu dan YB Billy Sujang, ADUN N01 Opar. Majlis Daerah Lundu mempunyai seramai 32 orang ahli majlis.
     Pada sesi ucapan amanat daripada YB Azizul Annuar Adenan ADUN N03 Tanjong Datu, beliau berharap ahli-ahli majlis yang sedia ada dan baharu sentiasa memberi komitmen yang tinggi mewakili wakil-wakil rakyat setempat dan PBT dalam memberi impak kepada pembangunan komuniti Daerah Lundu khususnya dalam pembangunan dan pelancongan. Bentuk geografi dan lokasi daerah yang lengkap dengan produk dan lokasi pelancongan melibatkan kawasan pergunungan, air terjun, sungai, pantai dan juga laut amat sesuai dijadikan daerah ini tarikan bagi kawasan pelancongan baik dari dalam negara maupun luar negara.
     Sebelum itu, dalam ucapan aluan daripada Cr Abdul Razak bin Abdul Razak Timbalan Pengerusi MDL, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan ahli majlis En Abu Seman bin Karim yang telah menaburkan khidmat beliau kepada MDL dan komuniti setempat.
Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli majlis dan pegawai kanan MDL.