News

 

SESI PENGAUDITAN SISTEM PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) DI MDL

Posted on 28 Feb 2024
Source of News: MDL

28/2/2024
LUNDU – Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima kehadiran enam orang panel penilai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia bagi tujuan penilaian (SPB-PBT) bagi tahun 2024 pada 26/2/2024 yang lepas. Pasukan inspektorat tersebut diketuai oleh Encik Chin Khien Leong. Turut bersama dalam pasukan beliau pada sesi tersebut adalah Encik Lim Wei Kean, Puan Lilian Tai Yee Chee, Puan Nur Wahida binti Mohd Aris, Puan Atiqah binti Khalid dan Cik Nor Salwa Aini binti Jamaludin.
           
      Pasukan ini disambut oleh Setiausaha Majlis Puan Norashikin binti Brahim bersama Ahli Majlis MDL iaitu Kr. Abdul Razak bin Abdul Wahab merangkap Timbalan Pengerusi Majlis, Kr Fatimah binti Abdullah, Kr Benjamin Jacobus Pieter, Kr. Akoi anak Alat dan kakitangan MDL. Sambutan dimulakan dengan sesi bergambar bersama para panel penilai dan warga MDL di pintu masuk pejabat. Panel dipersembahkan dengan tarian Salako di lobi masuk pejabat MDL.
           
    Penilaian merangkumi empat teras melibatkan pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusn pelanggan serta penyertaan komuniti dan pandangan penduduk. Pengauditan SPB-PBT dijalankan setiap dua tahun bagi mengenalpasti tahap penilaian PBT di seluruh Malaysia. Sesi pengauditan dijalankan selama satu hari. Pada sesi pengauditan SPB-PBT yang telah diadakan pada tahun 2022 yang lepas, pihak MDL telah mendapat Anugerah 4 Bintang.