picture

News

 

MDL Terima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Mysed)

Posted on 11 Feb 2024
Source of News: MDL


11/2/2024

LUNDU – Setiausaha MDL Puan Norashikin binti Brahim telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Dolhadi bin Haji Marzuki, Timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Mysed) pada 22 Januari 2024 yang lepas bersama beberapa pegawai dari kementerian tersebut. Ini merupakan lawatan beliau yang pertama ke MDL selepas dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap Mysed.
 
Selain bertukar pandangan berkenaan aktiviti yang boleh dirancang dan dijalan secara Kerjasama di antara dua agensi tersebut, Encik Dolhadi juga berkongsi aspirasi dan perspektif yang boleh menaikkan imej Daerah Lundu dan MDL sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja perkhidmatan majlis kepada komuniti setempat khususnya golongan belia.
 
“Tahniah kepada pihak MDL atas pencapaian dalam mentransformasikan daerah Lundu sebagai lokasi tarikan pelancong baik dari dalam maupun luar Sarawak.” kata beliau pada sesi berkenaan.

Puan Norashikin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Dolhadi atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan erat antara pihak MDL dan Mysed akan terus berterusan untuk kebaikan pembangunan komuniti setempat. 
 
Selain menjalankan kunjungan hormat ke MDL, beliau bersama pegawai Mysed serta diiringi pegawai daripada MDL dan beberapa agensi yang terlibat juga telah menjalankan sesi lawatan tapak ke dua lokasi penganjuran SUKMA Sarawak yang akan diadakan di daerah Lundu pada tahun ini. Dua sukan dan lokasi tersebut adalah sukan kabaddi ( Dewan Masyarakat Lundu ) dan bola tampar pantai ( Pantai Siar ). Beliau berharap penganjuran SUKMA Sarawak pada tahun akan menjadi penganjuran yang terbaik dan berharap pengurusan penganjuran di semua lokasi yang ditetapkan berjalan secara lancar.