10/2/2024
LUNDU- Satu sesi pengauditan SCS Scorecard telah diadakan di Majlis Daerah Lundu selama satu hari pada 8 Februari 2024 (Khamis) yang lepas, di mana pada ia telah dijalankan oleh dua juruaudit yang telah dilantik iaitu Puan Judy George Wan, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Khidmat Pengurusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dan Puan Surya binti Hj Mohamad Alias, Penolong Pengarah, Pentadbiran dan Pengurusan HR Jabatan dari Jabatan Pengaliran dan Saliran Sarawak.
Sesi pengauditan ini adalah bertujuan melihat status pencapaian sistem pengurusan Majlis Daerah Lundu terhadap Perancangan Strategik yang telah ditetapkan seperti visi, misi, strategi dan objektif jabatan. Antara empat pecahan/perspektif yang disemak adalah melibatkan perspektif pelanggan, perspektif kewangan, perspektif proses/program/perkhidmatan dan perspektif kapasiti organisasi.
Pada sesi penutupan, pihak juruaudit amat berpuashati dengan pencapaian prestasi SCS Scorecard pihak MDL dan berharap prestasi tersebut diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Turut hadir pada sesi penutupan adalah Puan Norashikin binti Brahim, Setiausaha MDL dan pegawai-pegawai kanan MDL.