picture

News

 

MDL ANJUR KURSUS PERTOLONGAN CEMAS

Posted on 17 Feb 2023

17/2/2023

LUNDU – Satu sesi kursus bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kakitangan majlis Daerah Lundu (MDL) mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan semasa berada di tempat kerja ataupun di rumah telah pun diadakan semalam (16/2/2023) di Dewan Pandan, Bangunan Perpustakaan Awam, Majlis Daerah Lundu. Kursus yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran MDL ini melibatkan penyertaan seramai 73 orang termasuk kakitangan dan pelatih industri yang ditempatkan di MDL.

Kursus diselaras oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Cawangan Lundu yang telah dijemput oleh pihak MDL, diketuai oleh Leftenan Muda Pertahanan Awam Junies Anak Jerin dan dibantu oleh tiga orang pegawai iaitu Koperal Pertahanan Awam Mahmmud Bin Yalen, Koperal Pertahanan Awam Rabaiee Bin Habari dan Lans Koperal Pertahanan Awam Mohd Najmie Sebri.

Pada majlis perasmiaan kursus yang disempurnakan oleh Setiausaha MDL Puan Norashikin Brahim, beliau amat menyokong kursus-kursus berkaitan keselamatan kerana kita tidak tahu bila kemalangan boleh berlaku. Sekurang-kurangnya pengetahuan asas berkaitan pertolongan cemas amat membantu di saat tibanya kemalangan kelak.