24/6/2023
LUNDU - Bersempena dengan sambutan Hari Gawai, pihak MDL telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Gawai Peringkat Majlis Daerah Lundu 2023 yang telah diadakan pada 22 Jun 2023 (Khamis) yang lepas bertempat di perkarangan tempat letak kereta MDL.
Majlis diadakan bertujuan bagi membudayakan nilai kerjasama dan kekitaan di kalangan kakitangan dan ahli-ahli majlis selain bagi meraikan pelantikan ahli majlis lantikan bagi sesi 2023 - 2025
Antara tetamu yang hadir adalah YB Azizul Annuar Adenan merangkap ADUN N03 Tanjong Datu, YB Billy Anak Sujang merangkap ADUN N01 OPAR, En Niponi Undek dan En Abang Abdul Aziz Abang Draub merangkap Setiausaha Politik YAB Premier Sarawak, Pn Salena Sulaiman dari MPHLG, Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu, Pengerusi MDL, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDL.