picture

News

 

Kakitangan MDL terima Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia

Posted on 22 Mar 2023

22/03/2023

Kuching -  Seramai 21 orang kakitangan Majlis Daerah Lundu (MDL) telah menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak di Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia, Bahagian Kuching di Hotel Raia Kuching. Majlis yang diadakan pada 20 Mac 2023(Isnin) yang lepas menyaksikan seramai 710 orang penerima daripada 35 jabatan dan agensi kerajaan merangkumi 29 daripada kerajaan Sarawak dan enam daripada kerajaan Persekutuan.

                Pn Norashikin binti Brahim selaku Setiausaha MDL mendahului para penerima dari MDL bagi anugerah tersebut di majlis berkenaan. Turut menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia tersebut adalah En Ong Chin Ping, Pn Juliana Tay anak Yampil, En Mohd Asraf Ten Abdullah, Pn Mailen anak Harry, En Mohamad Kassim bin Abdul Wahab, En Awang Nazri bin Awang Ahmad, En David anak Mogei, En Wan Taib bin Wan Hamid, En Daniel Gumis anak Janting, En Jiferiyo anak Kitok, Pn Mahayah binti Raduan, En Alew anak Nyata, En Goh Siew Fatt, En Japar bin Sidi, En Jinit anak Nyiang, En Kasan anak Labok, En Lu Heiong Kun, En Mohammad Ali bin Raduan, En Ng Sin Min dan En Ong Kok Ping.

                Penganugerah Pingat Perkhidmatan Setia merupakan satu penghargaan daripada kerajaan Sarawak kepada anggota perkhidmatan awam Sarawak dan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam memberi sumbangan kepada pembangunan Sarawak. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian merangkap Timbalan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar merangkap Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Setiausaha Kerajaan Sarawak dan di dif kenamaan yang lain.