picture

News

 

MDL DIANUGERAH PENARAFAN EMPAT BINTANG

Posted on 17 Mar 2023

17/3/2023

LUNDU - Majlis Daerah Lundu (MDL) telah dianugerahkan penarafan empat bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) bagi tahun 2022 semasa Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2023 yang diadakan di Ipoh pada 12 Mac 2023 yang lepas.

Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dijalankan dua tahun sekali untuk menilai Pihak Berkuasa Tempatan mengenai tadbir urus yang baik, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan, penyertaan masyarakat dan pandangan penduduk.

Setiausaha MDL Pn Norashikin Brahim ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada warga MDL yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka. Beliau juga berharap seluruh kakitangan akan meneruskan dedikasi dalam menjalankan tugas dan percaya dengan kemahiran serta pengetahuan tersebut akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di kawasan seliaan, memberikan kepuasan terhadap perkhidmatan serta menjaga imej baik jabatan dan kerajaan.