picture

News

 

SESI TAKLIMAT KESEDARAN KANSER DI MDL

Posted on 17 Feb 2023

 

17/2/2023

LUNDU – Pihak MDL telah berjaya mengelola satu sesi taklimat berkaitan kesedaran penyakit kanser pada 15/2/2022 yang telah disampaikan oleh Cik Pennylysia Mawat dari Majlis Kanser Negara (MAKNA). Seramai 30 peserta yang terdiri daripada kakitangan MDL telah hadir bagi mendengar taklimat tersebut.

Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan mengenai penyakit kanser di Malaysia, peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan serta tips pencegahan kanser.

Sesi ini merupakan salah satu inisiatif Seksyen Pentadbiran MDL bagi menambah pengetahuan kakitangan MDL dalam mengharungi tugasan harian.