Majlis Angkat Sumpah bagi dua Ahli Majlis MDL yang baharu
Posted on 24 Jun 2023
Source of News: MDL
24/6/2023
LUNDU - Satu Sesi Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Ahli Majlis telah diadakan di Dewan Rafflesia MDL pada 22 Jun 2023 (Khamis) yang lepas untuk dua lantikan baharu ahli majlis bagi sesi 2023 – 2025. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YB Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan, ADUN N03 Tanjong Datu. Ia melibatkan lantikan bagi Encik Bolhassan Putit dan Puan Zuziza binti Adni. Dengan lantikan tersebut maka lengkapkan seramai 32 orang ahli majlis yang telah dilantik bagi Majlis Daerah Lundu. Majlis juga turut dihadiri oleh YB Billy Sujang , ADUN N01 OPAR, Pengerusi MDL En Gustian Haji Durani dan ahli-ahli majlis MDL.